Assalamualaikum,

Ini dokumen yang diperlukan untuk memohon belajar universiti di arab saudi samada di madinah atau di makkah atau di riyaad.

Secara umumnya dokumen2nya ialah:

1) Terjemahan SURAT BERANAK ke dalam bahasa arab di ITNMB (Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad)
2) Terjemahan SPM ke dalam bahasa arab di ITNMB.

3) Cop kedutaan arab saudi di belakang terjemahan ASLI surat beranak dan SPM.

4) Cop kedutaan arab saudi di belakang terjemahan ASLI surat beranak dan slip SPM.
5) Cop kementerian luar negeri (wisma putra) di belakang terjemahan ASLI surat beranak dan SPM.
6) Surat husnul khuluk daripada pihak sekolah iaitu surat membuktikan kelakuan baik (dlm bhs arab jugak)
7) Medical check up ( borang boleh didapati di kedutaan arab saudi, ampang)
8) 6 keping gambar bersaiz 4x6.
9) Surat sokongan atau tazkiah drpd sekurang-kurangnya 2 orang lepasan universiti arab saudi yang dikenali oleh pihak universiti
10) Surat pelepasan atau kebenaran daripada kementerian pengajian tinggi di putrajaya ataupun dipanggil CLEARANCE LETTER.
11) Surat sokongan kedutaan arab saudi bahagian Islamic counsellor. (ruj Ust Zainal di kedutaan)
12) Surat sokongan drpd mana institusi islam seperti majlis agama islam, yayasan islam, jabatan mufti dan sebagainya
12) Sertakan sebanyak yang boleh sijil2 berkaitan yang ade dlm bhs arab seperti STAM atau sijil kolej dan sebagainya.


*ALAMAT INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA:

Institut Terjemahan Negara Malaysia

Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E

Seksyen 10, Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur

Tel: (603) 4149 7210

Faks: (603) 4149 1535

E-mel: info@itnm.com.my

*ALAMAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Kementerian Pengajian Tinggi,
Blok E3, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya

Tel

:

03 - 8883 5000

Faks

:

03 - 8889 3921

Emel

:

webmasterkpt@mohe.gov.my

*ALAMAT KEMENTERIAN LUAR NEGERI (WISMA PUTRA):

Kementerian Luar Negeri Malaysia

Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra
Precint 2
62602 Putrajaya

Telefon :

+603-8887 4000
+603-8887 4570
(Selepas Waktu Bekerja)

Faks :

603-8889 1717
603-8889 2816

*ALAMAT KEDUTAAN ARAB SAUDI:

1) BAHAGIAN PENGURUSAN COP, PENGESAHAN, VISA DAN SEBAGAINYA

Royal Embassy Of Saudi Arabia

LEVEL 4.WISMA CHINESE CHAMBER

NO 258 JALAN AMPANG 50450

KUALA LUMPUR

Tel: 03-42579831 ,03-42579433 , 03-42579825

Fax: 03-42578751

2) BAHAGIAN ISLAMIC COUNSELLOR :

ROYAL EMBASSY OF SAUDI ARABIA,

ISLAMIC COUNSELLOR OFFICE

110A, JALAN U-THANT,

55000 KUALA LUMPUR

Ruj Ust Zainal: 019-2028918

++ UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH MELAYARI LAMAN WEB UNIVERSITI ISLAM MADINAH: http//:www,iu.edu.sa ATAU LAMAN WEB UNIVERSITI UMMUL QURA: http://www.uqu.edu.sa ATAU LAMAN WEB UNIVERSITI AL-IMAM MOHD IBN SUUD: http://www.imamu.edu.sa

++ BOLEH JUGA MELAYARI LAMAN WEB KEDUTAAN ARAB SAUDI:

http://www.mofa.gov.sa

++ BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDOWNLOAD DARI LAMAN WEB UNIVERSITI ATAU DIAMBIL SENDIRI DI KEDUTAAN ARAB SAUDI.

UNTUK PERHATIAN:

1) TERJEMAHAN DOKUMEN HANYA BOLEH DIBUAT DI WANGSA MAJU SEPERTI DI ALAMAT. SETAKAT INI TIADA CAWANGAN YANG DIBUKA. TEMPOH TERJEMAHAN DOKUMEN IALAH ANTARA 3-5 HARI BEKERJA. HARGA DOKUMEN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

SPM- RM50 PER DOKUMEN

STAM / STPM- RM80 PER DOKUMEN

DOKUMEN LAIN- RM120 PER DOKUMEN

*HARGA MUNGKIN BERUBAH MENGIKUT KEADAAN

2) COP PENGESAHAN (ENDORSEMENT) DI WISMA PUTRA ATAU KEMENTERIAN LUAR NEGERI BOLEH DIBUAT PADA BILA2 MASA PADA WAKTU BEKERJA DENGAN HARGA RM10 PER DOKUMEN

3) SURAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) ATAU DIPANGGIL CLEARANCE LETTER (CL) TIDAK DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN DAN KEBIASAANYA AKAN SIAP DALAM MASA SEMINGGU. WALAUBAGAIMANAPUN SEKIRANYA ADA ALASAN YANG MUNASABAH IANYA DAPAT DISIAPKAN DALAM TEMPOH 3 HARI BEKERJA.

4) COP DI KEDUTAAN ARAB SAUDI JUGA BOLEH DIBUAT PADA HARI BEKERJA TETAPI MESTILAH SEBELUM PUKUL 12 TGH HARI. PENGAMBILAN KEBIASAANNYA PADA HARI YANG SAMA ANTARA PUKUL 2 PTG SEHINGGA 3.30 PTG. BAYARANNYA ADALAH RM30 PER DOKUMEN. TETAPI SEBAGAI PERINGATAN BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT DALAM BENTUK BANK DRAFT ATAS NAMA: ROYAL EMBASSY OF SAUDI ARABIA. BOLEH DIGUNAKAN SATU BANK DRAFT UNTUK PENGESAHAN PELBAGAI DOKUMEN. UNTUK MAKLUMAN SEKARANG INI CARA YANG BARU TELAH DIGUNAKAN APABILA HENDAK MEMBUAT ENDORSEMENT. SETIAP PEMOHON YANG INGIN MEMBUAT ENDORSEMENT HARUSLAH MENDFTARKAN MAKLUMAT SIJIL ATAU DOKUMEN TERLEBIH DAHULU DI LAMAN WEB: https://enjazit.com.sa. SELEPAS PENDAFTARAN ITU, NOMBOR PENDAFTARAN HENDAKLAH DICETAK DAN DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN ARAB SAUDI BERSAMA BAYARAN UNTUK ENDORSEMENT.

5) SURAT SOKONGAN DARIPADA KEDUTAAN ARAB SAUDI BAHAGIAN ISLAMIC COUNSELLOR HANYA BOLEH DIPEROLEH APABILA SEMUA DOKUMEN TELAH LENGKAP DAN BERSEDIA UNTUK DIHANTAR. SILA RUJUK USTAZ ZAINAL DI KEDUTAAN SEPERTIMANA ALAMAT YANG TELAH DIBERIKAN.


Disediakan Oleh;

MOHAMAD HANIF BIN MOHAMAD ZAID

KULIAH AL-QURAN DAN PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI ISLAM MADINAH

12 Responses so far.

  1. apakah boleh memohon kesemua jamiah serentak?atau kena pilih satu sahaja ketika memohon? apakah kelebihan yang perlu ada supaya mudah di terima jamiah

  2. salam 'alaik.
    adakah pengajian untuk muslimah juga ada di arab saudi?
    harap dapat bagi maklum balas sepantas mungkin.
    alfun syukran.

  3. Salam kepada saudara yang bertanya;
    anda boleh memohon permohonan secara serentak..tidak menjadi masalah..
    Bagi pengajian untuk muslimah juga ada seperti di Ummul Qura university dan beberapa university di Riyadh...untuk maklumat saudara,muslimah masih belum ade lagi..kebanyakkan org indonesia dan filipin...hanya university di sekitar bandar riyadh

  4. leo_wwe says:

    salam.
    sy cuma ade sjil hafiz.
    k ty bole ke sy mohon untuk smbg blaja di arab suadi hanya dgn sjil tersebut?

  5. salam..
    ingin bertanya.. saya hanya mempunyai sijil spm shj.. tp berminat utk menyambung pelajaran di riyadh.. bagaimana sy bleh mendapatkan bantuan dari sudut penerangan dan kewangan.. terima kasih..

  6. salam,kalo pergi sana hanya guna sijil stam boleh??

  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
  8. Assalamualaikum ustaz, saya Luqmannul Hakim dari Arau Perlis berumur 18tahun. Lepasan SPM. Insyallah saya akan pergi muqabalah di madinah dalam pertengahan bulan 4 ni. 1hajat dari saya. Boleh tak saya nak mintak tazkiah dari ustaz?

  9. Tanpa Nama says:

    salam.mintak admin PM sy boleh x?nak tnye lebih lanjut tp xpaham.terima kasih.
    fahmiidrus87@yahoo.com

  10. Tanpa Nama says:

    muqbalah tu apa??

  11. DAKWAH YEOP says:

    Muqabalah tu maksudnya Temuduga...

  12. assalamualikum ust,sy nak tanya masih dibuka lg ke permohonan belajar ke universiti makkah madinah&universiti arab saudi yg lain?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...