Saya melihat bagaimana usaha seorang pendakwah islam daripada negara teluk mendekati penzina-penzina di sebuah pusat pelacuran di Tunisia. Permulaan yang saya kira akan berakhir dengan sesuatu yang negetif. Rupanya jangkaan saya salah dan sangat jauh. Kaedah dan uslubnya itu sangat menarik yang akhirnya melunakkan bapa ayam yang merupakan orang muslim dan juga para pelacur yang juga orang muslimah.
Apabila mereka diberi amaran dengan azab Allah, kepanasan api neraka dan haramnya zina akhirnya mereka lunak dan mula memberi respon positif. Apabila disoal adakah mereka bersedia meninggalkan pekerjaan haram itu kerana Allah jika diberikan pekerjaan halal?
Mereka (para pelacur) menjawab sambil berteriak dan menangis: "Ya syeikh, keluarkan kami dari tempat maksiat ini, kami takut jika mati dalam keadaan ini bagaimana kami mahu bertemu Allah? Ya Allah apakah yang kami akan beritahu kepada tuhan kami? Ya Allah aku tidak dapati seorangpun yang membantu aku dan menyelamatkanku. Ya Alalh aku tidak dapati seorangpun yang cuba mengeluarkan aku. Aku tidak dapati seorangpun yang memberikan aku bantuan. Ya Allah binasakanlah orang-orang atasan dan pemimpin yang menyaksikan hal keadaan kami akan tetapi tidak melakukan usaha apapun.
Syeikh pendakwah dan yang berada dikelilingnya menangis dan menangis. Lalu seruan diutuskan kepada semua hartawan agar melaburkan kekayaan mereka di negara Tunisia. Negara islam yang teraniaya. Bukan melabur di negara barat dan kafir!
Semoga Allah merubah hal ehwal umat islam diseluruh dunia. Para pelaku maksiat, mereka masih memiliki iman, mereka ingin bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar. Tetapi, siapakah yang membantu dan cakna terhadap mereka?
Hijrah Nabawiyyah | Jiwa Besar & Langkah Strategik.
11 tahun yang lalu