Al-Imam Muhammad Bin Saud Islamic University
Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia

Pengenalan:

Al- Imam Muhammad Bin Saud Islamic University merupakan salah satu di antara universiti yang termasyur dan terbaik di Negara Arab Saudi.Universiti ini diasaskan pada tahun pada tahun 1974.Pada tahun 1982, Raja Arab Saudi King Fahd Bin Abdul Aziz telah meletakkan batu asas untuk pembinaan kampus baru yang terletak berhampiran Bandar Riyadh, ibu negara Arab Saudi.Majlis perasmian secara rasmi telah diadakan pada tahun 1990 setelah tamat pembinaan keseluruhannya.Al-Imam Muhammad bin Saud Islamic 

University (Imam U) merupakan salah satu universiti yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia (JPA&LAN). Imam U merupakan universiti di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Kerajaan Arab Saudi.

*untuk keterangan lanjut mengenai pengiktirafan, sila layari www.jpa.gov.my
*untuk keterangan lanjut mengenai pengajian di Imam Muhammad Bin Saud Islamic University, sila layari www.imamu.edu.sa.
Bidang Pengkhususan
Pada peringkat pertama untuk pelajar asing atau tajaan Kementerian Pendidikan Arab Saudi yang layak menyambung pelajaran di sini, mereka diwajibkan untuk belajar bahasa arab di Matrik Bahasa Arab selama 2 tahun atau setahun mengikut tahap penguasaan bahasa arab.Sekiranya berjaya menghabiskan semua level yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, para pelajar diwajibkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Bahasa Arab sebelum layak memasuki kuliah yang ditawarkan. Kebiasaannya,tempoh selama 3 tahun perlu ditamatkan untuk pengajian bahasa arab dan asas-asas ilmu agama sebelum melangkah kaki ke kuliah.
Di antara Kuliah-kuliah yang ditawarkan untuk pelajar selain pelajar arab saudi ialah:
1.Kuliah Syariah Islamiah.
2.Kuliah Usuluddin.
3.Kuliah Dakwah wal I'lam.
4.Kuliah Bahasa Arab.
5.Matrik Bahasa Arab.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1-Permohonan boleh dibuat menggunakan sijil SPM/STAM yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan mendapat cop kelulusan di kedutaan Arab Saudi Malaysia dan Wisma Putra.
2-Dua salinan berwarna pasport antarabangsa.
3-Dua salinana Tazkiah (surat sokongan) dari garaduan mana-mana universiti Arab Saudi.
4.Dua salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi.
5-Empat keping gambar terkini berukuran pasport.
6-Satu Salinan Medical Check Up.
7.Satu salinan surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.
* Untuk maklumat pemohon, pihak universiti hanya menerima dua oarang pelajar sahaja dari setiap negara sementara ini kerana kuota yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi untuk pelajar asing adalah terhad.
* Segala permohonan boleh dihantarkan kepada persatuan pelajar atau kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
* Pengambilan pelajar hanya dilakukan sekitar bulan 7 atau 1 sahaja berdasarkan semester baru pengajian.
* Bagi pelajar yang layak mendapat tempat untuk belajar di sini, maklumat akan disalurkan melalui kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
TAKLIMAT UMUM PENGAJIAN
1- Setiap pelajar yang layak belajar di Al-Imam Muhammad bin Saud Islamic Universiti akan mendapat tajaan penuh oleh Kerajaan Arab Saudi.
2- Para penuntut perlu menghabiskan Matrik Bahasa Arab dan Diploma Bahasa Arab selama 2@3 tahun berdasarkan penguasaan bahasa arab dan diwajibkan mendapat keputusan Jayyid Jiddan ( B+ )Matrik Bahasa Arab sebelum melangkah ke kuliah yang ditawarkan.
3- Tempoh pengajian di kuliah selama 4 tahun ( 8 semester berturut-turut ).
4- Segala penginapan telah disediakan untuk pelajar oleh pihak universiti.
Setakat ini sahaja maklumat ringkas yang sempat saya kumpulkan.Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web www.imamu.edu.sa. Insyaallah segala maklumat baru akan dikemaskini dalam masa terdekat.

2 Responses so far.

  1. alak88 says:

    assalamualaikum...bagaimana dgn borg pemohonan? di atas tidak disebut... adakah mmg tidak perlu?

  2. sabiq says:

    borang permohonan blh didapati di kedutaan saudi di jalan u-thant, ampang

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...