Lebih 10,000 naskhah terjual di Pameran Buku Antarabangsa Riyadh. Lebih 30,000 teredar di sebuah syarikat percetakan Mesir dan tidak terhintung pula mereka yang memuat turun naskhah pdf melalui internet membuktikan sambutan luar biasa terhadap buku ini. Keistimewaannya ialah pada tajuk isu perbincangan, gaya bahasa dan persembahan penulisan serta ketokohan pengarang yang telah banyak hasil penerbitan yang bermutu tinggi dan berjaya memenuhi kepuasan pembaca.

Isu ikhtilat ( percampuran antara lelaki dan perempuan ) bermula dari institusi pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi hingga ke lokasi awam sememangnya menjadi isu hangat terutama di Saudi Arabia. Sistem sosial dan pendidikan yang masih terpelihara menurut laras syariat dan adat mulia arab menjadi Saudi Arabia mungkin satu-satunya negara yang masih berjaya merealisasikan sistem pemisahan tempat antara lelaki dan perempuan sebaik mungkin dan mendapat penerimaan baik dari masyarakat ramai.

Namun akhir-akhir ini terhadap usaha keras untuk meruntuhkan syariat dan budaya ini melaui pena media cetak dan forum media elektronik. Di atas nama kebebasan bersuara dan berfikiran terbuka, golongan liberal arab membuat satu desakan kuat untuk menggalakkan pergaulan bebas antara jantina dengan hujah-hujah ketamaduan dan kemajuan. Yang menariknya ada pula hujah-hujah yang bertunjangkan alasan agama dan menggunakan nama agamawan untuk menyokong idea ini.

Perdebatan semakin hangat apabila mengheret beberapa nama besar ulama' Saudi ke dada-dada akhbar dengan menjadikan mereka sebagai kambing hitam (arab panggil kambing korban ) dengan memburuk-burukkan mereka dengan labelan sebagai benteng mempertahankan kemunduran dan kebekuan. Kemuncaknya terpinggirnya seorang anggota kanan Jawatankuasa ulama besar Saudi, Dr Saad Syatri dari menduduki jawatankuasa itu yang berperanan penting menasihati hala tuju kerajaan.

Sudah panjang perbincangan isu ini sama pro atau kontra dalam bentuk artikel atau buku malahan juga dalam bentuk syarahan dn kuliah. Namu buku Syeikh Abdul Aziz At Thoraifi ada daya pemikat tersendiri. Pembentangannya yang menarik, bahasanya yang mudah, nukilannya yang amanah, dan kemantapan hujah pengarang sendiri terutama ketika menolak kekeliruan dan dan memperbetulkan salah faham adalah antara unsur menarik buku ini. Tanpa berhajat untuk mengulas panjang, sidang pembaca dipelawa mendapatkan buku yang tiada hak cipta terpelihara ini. Bacalah dan buatlah penilaian sendiri. Muat turun dari sini ;

http://sub3.rofof.com/03dikqu1/Alekhtelat.html

Jika ada yang berkemampuan dan berkesempatan, bolehlah mengalih bahasa buku ini dari Arab ke Bahasa Malaysia. Semoga masyarakat kita pun ada kesedaran untuk kembali ke landasan syariat.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...