Naluri Ingin dan Kasihkan Anak-Anak.

Kasih sayang yang mendalam terhadap anak-anak adalah naluri dan fitrah manusiawi. Naluri dan fitrah ini sebenarnya sangat murni. Anak-anak adalah cahaya rumahtangga, kehadirannya adalah penyejuk mata dan memilikinya bak permata berharga. Ia adalah anugerah Allah paling istimewa kepada pasangan suami isteri.

Cuma seperti naluri dan fitrah yang lain, jika tidak disinari pancaran cahaya al Quran dan terdidik dengan ajaran Islam, pasti ia akan pudar dan tercemar kerana syaitan akan mengambil kesempatan menyelewengkan fitrah yang murni. Akhirnya, Ibubapa yang sepatutnya menumpahkan kasih sayang dan menjamin kesejahteraan anak-anak, tiba-tiba menjadi punca kepada malapetaka dan bencana kepada masa depan mereka.

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه . رواه البخاري ومسلم

Bermaksud : Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah saw : Setiap bayi yang lahir, kelahirannya adalah mengikut fitrah ( naluri yang suci murni iaitu Islam ). Tiba-tiba Kedua ibubapanya mengubahnya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi.

وعن عياض بن حماد قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال الله عز وجل إني خلقت عبادي حنفاء فجاءتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم . رواه مسلم .

Bermaksud : Dari ‘Iyyaadh ibn Hammad r.a pula, sabda Rasulullah saw : Allah berfirman : Sesungguhnya aku telah mencipta hamba-hambaku suci bersih ( muslim ) tiba-tiba datanglah syaitan-syaitan lalu menyesatkan mereka dari agama mereka.

Bapa mithali.

Al Quran memaparkan kepada kita kisah tauladan manusia pilihannya bagaimana mereka menghargai nikmat mendapat anak sebagai anugerah Allah. Para nabi-nabi a.s adalah bapa-bapamithali sebagaimana mereka juga suami-suami mithali.

Firman Allah swt :

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِّن قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً . سورة الرعد : 38

Menjadi sunah nabi-nabi berkahwin dan membina kehidupan keluarga Islam. Sabda Rasulullah saw :

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم " أربع من سنن المرسلين: التعطر والنكاح والسواك والحناء " رواه أحمد

Bermaksud : “ Empat perkara menjadi sunnah ( cara hidup ) para rasul ; memakai bauan wangi, berkahwin, menggosok gigi dan memakai inai “

Al Quran mencerita kisah Nabi Ibrahim as hanya menjadi bapa ketika tuanya. Nabi Ibrahim a.s berhijrah meninggalkan ibubapa dan kaum keluarganya, kampung halaman dan negeri asalnya kerana kekufuran mereka setelah lama berda’wah mengajak mereka ke jalan Allah. Baginda a.s kesunyian kerana tidak mempunyai anak dan bimbang pula tiada pewaris kepada perjuangannya. Lalu memohon dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh yang boleh mewarisi agama dan perjuangannya. Allah mengurniakan kepada baginda ketika tuanya Ishak dan Ismail a.s.

al Quran menceritakan ;

وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ ( 99 ) رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ( 100 ) فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ ( 101 ) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ( 102 ) سورة الصافات

(( Dan Ibrahim berkata: "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".))

Demikianlah Allah mengurniakan kepada baginda anak yang benar-benar mewarisi agama, keyakinan dan perjuangannya dengan penuh taat kepada perintah Allah hingga sanggup menjadi korban sembelihan kerana menunaikan perintah Allah.

Lebih dari itu, Nabi Ibrahim memohon supaya semua zuriat keturunannya menjadi pemimpin orang beriman.

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ( 124 ) البقرة .

(( Dan (Ingatlah), ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku. Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".))

Ketika meninggalkan isteri dan anaknya di wadi kontang ( Mekah ), baginda berdoa semoga zuriat baginda dipelihara Allah agar mereka berbakti kepada Allah dan dimurahkan rezki.

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ ( 37 ) رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللّهِ مِن شَيْءٍ فَي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاء ( 38 ) الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء (39 ) رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء ( 40 ) سورة إبراهيم

((Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan rezekikan lah untuk mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do'a. Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankan do'aku. ))

Demikian juga Nabi Zakaria a.s yang mahukan anak untuk menghidupkan suasana Islam dan ketaatan di dalam keluarganya, yang hidup melakukan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan khusyu’nya. Allah swt mengurniakan kepadanya Yahya, seorang sangat taat berbakti.

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ (90) سورة الأنبياء

(( Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. Maka Kami memperkenankan do'anya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdo'a kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami.))

Ibu Mithali.

Ibu tempat bergantungnya kasih sayang anak dan manusia yang paling rapat dengan si anak. Justeru, kefahaman dan kesedaran ibu terhadap peranan dan tanggungjawabnya dalam melahirkan generasi islam amatlah penting.

Penyair Ahmad Syauqi menyebut ;

اَلأُمُّ مَدْرَسَةٌ إِنْ أَعْدَدْتَهَا * أَعْدَدْتَ شَعْبًا طَيِّبَ الأَعْرَاقِ

“Ibu sebenarnya institusi persekolahan tersendiri. Jika engkau berjaya mempersiapkanya, pasti engkau berjaya mempersiapkan suatu bangsa yang tinggi budi pekertinya .”

Perhatikan al Quran al Karim memaparkan bagaimana cita-cita dan kehendak seorang ibu yang solehah

.

إِذْ قَالَتِ امْرَأَةُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (35) فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنثَى وَاللّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأُنثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وِإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (36 ) سورة آل عمران .

(( Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamakan dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk". ))

Lihatlah bagaimana Isteri Imran ingin melihat anak di dalam kandungannya lahir sebagai seorang yang bebas berkhidmat kepada agama Allah. Alangkah dukacitanya dia apabila melahirkan anak perempuan kerana sangkaannya anak perempuan tidak sebebas anak lelaki dapat berkhidmat kepada agama. Sebaliknya, Allah memaqbulkan harapannya dengan menjadikan anak perempuannya, Maryam memberi sumbangan yang paling berharga kepada umat zamannya apabila melahirkan Isa a.s dengan izin Allah.

Seorang Ibu solehah adalah seperti Asma’ binti Abu Bakar yang meniupkan semangat juang dan jihad kepada anaknya, Abdullah bin al Zubair yang menentang kerajaan zalim dan fasiq ketika itu sehingga dia terbunuh. Asma’ berkata : " Matilah sebagai seorang yang mulia, atau hiduplah sebagai seorang yang perkasa ! Jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu yang pasti ! "

Seorang ibu solehah adalah seperti Khunsaa’ yang mempunyai tiga anak lelaki, satu demi satu gugur syahid dimedan jihad. Semasa anak pertama dan keduanya syahid dia ketawa. Namun apabila anak ketiganya syahid dia menangis. Ketika ditanya sebabnya, beliau menjawab : " Aku menangis bukan kerana sedih dengan kematian mereka, sebaliknya kerana tiada lagi anak untuk ku hantar ke medan jihad ".


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...