Oleh : Ustaz Mohd Aizam Mas'od

Firman Allah swt di dalam surah an-Nur ayat 55 yg maksudnya: " Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahwa dia sungguh2 akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang2 yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Ku. Dan barangsiapa yang telah kafir sesudah janji itu maka mereka itulah orang-orang yang fasiq."

Demikianlah firman Allah swt yang menyebut bahawa Allah menjanjikan kepada umat ini manusia yang taat dan patuh kepadanya untuk memegang tampuk pemerintahan di dunia bahkan merekalah yang akan mengembalikan manusia kepada kebenaran Islam dan menunaikan perintah2 Allah di muka bumi. Justeru itu khutbah yang akan disampaikan oleh khatib pada hari ini adalah berkenaan dengan salah seorang insane ulung yang terpilih yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada umat ini suatu ketika dahulu. Beliau adalah khalifah Islam pada zaman Empayer Islam Uthmaniyah yang terakhir, iaitu Khalifah Abdul Hamid ke 2

Khalifah Abdul Hamid ke 2 dilahirkan pada hari Rabu 21/9/1842. Nama penuh baginda adalah Abdul Hamid Khan ke 2 bin Abdul Majid Khan. Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majid. Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun. Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hamid dilantik menjadi khalifah dengan disertai bai’ah oleh umat Islam. Ketika itu umur beliau 34 tahun. Beliau diberikan kepimpinan sebuah empayer yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh Khalifah Abdul Hamid pada zaman pemerintahan beliau adalah apabila semua pihak bersekongkol menjatuhkannya, ini termasuklah pihak Yahudi. Pada tahun 1901 seorang pemilik bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat Khalifah Abdul Hamid dengan tawaran:

1- Membayar semua hutang kerajaan Islam Uthmaniyah

2- Membina angkatan tentera laut Kerajaan Islam Uthmaniyah

3- 35 Juta lira emas tanpa bunga untuk membantu perkembangan negara Islam Uthmaniyah

Semua tawaran ini dibuat pihak Yahudi sebagai pertukaran kepada permohonan berikut:

1- Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mahu iaitu melawat tempat2 suci.

2- Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul Maqdis.

Namun begitu Khalifah Abdul Hamid langsung enggan bertemu mereka, apalagi untuk menerima tawaran mereka. Beliau hanya mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang berbunyi:

“Beritahu orang-orang Yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang kerajaan Uthmaniyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Baitul Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku. Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam”. Khalifah Abdul Hamid juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali datang berjumpa dengan beliau lagi.

Hakikat sebenarnya kewangan Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah. Mereka sanggup memberikan apa saja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam terus wujud di muka bumi ini walau selemah manapun mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah Negara Yahudi di bumi Palestin.

Namun begitu Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan mempengaruhi Khalifah Abdul Hamid. Pada akhir tahun yang sama 1901 pengasas gerakan Zionis Theodor Hertzl melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan Khalifah Abdul Hamid. Khalifah Abdul Hamid enggan bertemu Hertzl dan mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya berkata:

“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”. Inilah pendirian Khalifah Abdul Hamid di saat-saat kehancuran Khilafah Islam, merupakan sifat keperibadian yang bertepatan dengan firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 54:

Maksudnya: Hai orang-orang beriman barangsiapa yang murtad di antara kamu maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin yang bersikap keras terhadap orang2 kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.

Kegagalan Yahudi untuk memujuk Khalifah Abdul Hamid samalah dengan usaha Britain dan Perancis yang sejak sekian lama mahu menghancurkan Daulah Islam Uthmaniyah, tetapi istilah Jihad masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap Empayer Turki Uthmaniyah. Pernah suatu ketika Perancis merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah saw, ia juga menghina Zaid dan Zainad. Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu, Khalifah Abdul Hamid telah memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Khalifah Abdul Hamid memberi amaran kepada England.

England menolak amaran itu dengan alasan tiket2 telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan rakyatnya. Setelah mendengar jawapan itu, Khalifah Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran: Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad al-Akbar. Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan kebebasan bersuara dan pementasan drama itu dibatalkan.

Lihatlah walaupun Khilafah Uthmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan Jihad sudah cukup menggerunkan kuasa-kuasa Besar Barat. Khalifah Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan dunia yang global.

Ketegasan dan keberanian Khalifah Abdul Hamid ini mengingatkan kita kepada firman Allah di dalam surah al-Anfal ayat 60:

Maksudnya: Dan siapkanlah untuk menghadapi kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang mana dengan persiapan itu) kamu dapat menggentarkan musuh-musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi.

Dengan kegagalan inilah, maka British akhirnya mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang paling penting, ‘Pecah dan Perintah’. British mula menyokong kumpulan-kmpulan baru seperti ‘Turki Mudi’ dan ‘Arab Muda’. Apabila ‘Turki Muda’menjadi berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh, membiarkan ‘Turki Muda’ ini meneruskan usaha mereka. ‘Turki Muda’ memulakan aliran kebangsaan dan prejudis di kalangan penduduk bangsa Turki di dalam Negara Islam. Kesannya bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan lain-lain termasuklah Tanah Melayu jauh selepas itu juga mahukan aliran kebangsaan bagi bangsa mereka sendiri. Mereka mula merasakan semangat kebangsaan sebagai sebahagian dari perpaduan mereka, tidak lagi sebagai Islam sebagai asas perpaduan mereka dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam.

Kemudiannya ketika Perang Dunia Pertama bangsa Arab telah bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas khalifah Uthmaniyah. Mereka kemudiannya bebas dari khilafah Islam yang kemudiannya dijajah oleh British dan Perancis yang akhirnya belot ke atas mereka.

Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Hamid beliau tidak pernah melupakan pembangunan negaranya. Inilah bukti bahawa sesebuah negara Islam itu apabila berpegang dengan Islamnya maka ia boleh menjadi maju dan moden semuanya adalah kerana segala ushanya mendapat keberkatan daripada Allah sswt. Sewaktu pemerintahan Khalifah Abdul Hamid beliau banyak membina institusi dan perkhidmatan kepada rakyat. Tenterea Uthmaniyah pula bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh. Bahkan ketenteraan kerajaan Islam Uthmaniyah merupakan yang paling kuat di dunia. Tentera lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat selepas British dan Perancis.

Sejarah juga mencatatkan hutang Kerajaan Islam Uthmaniyah adalah pada kadar 2.528 juta lira emas Uthmaniyah. Ketika Khalifah Abdul Hamid dijatuhkan hutang tersebut hanya tinggal 106 juta lira. Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya. Namun Turki Muda yang berkuasa selepas itu kembali menaikkan hutang Turki sebanyak 300%. Inilah salah satu petanda keperibadian Khalifah Abdul Hamid di dalam pemerintahan negara bahkan satu empater yang besar, yang meliputi dua pertiga dunia tetapi beliau tidak pernah bersikap pecah amanah di dalam memegang amanah Allah sebagai pemimpin tertinggi umat Islam, tidak seperti apa yang berlaku di kalangan pemimpin2 umat Islam hari ini yang sering kita dengar dengan masalah yang berkait dengan skandal kewangan, korupsi, pecah amanah dan sebagainya.

Khalifah Abdul Hamid juga bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu Khalifah Abdul Hamid menyedari bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat senantiasa cuba memecahbelahkan Negara Islam dan kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan. Oleh sebab itu Kesatu Ummah diperlukan. Beliau tidak henti2 menyedarkan ummah tentang konsep khilafah sebagai pemimpin seluruh dunia Islam.

Namun begitu akhirnya, pada hari Selasa, 27 April 1909, 240 ahli senat Kerajaan Uthmaniyah bersetuju disamping tekanan kuat gerakan Turki Muda Kebangsaan untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hamid.

Gerakan Turki Muda Kebangsaan akhirnya mengambil alih kuasa dan Mustafa Kamal ataturk membatalkan Khilafah Islam pada tahun 1924. Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Islam yang bersatu semenjak zaman Rasulullah saw dan para sahabat rah, hilang. Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat.

Setelah kita mendengar sedikit sebanyak riwayat hidup tokoh besar Islam Khalifah Abdul Hamid di sini kita dapat menyimpulkan bahawa kejatuhan Khilafah Utmaniyah bukan merupakan satu yang mudah dilupakan. Khalifah Abdul Hamid pernah mengingatkan kepada kita bahawa kejatuhan Khilafah Islam, akhirnya akan membawa kepada kejatuhan Tanah Palestin ke tangan umat Kuffar Yahudi. Dan ianya jelas telah berlaku pada hari ini. Oleh kerana itu pada hari ini, khatib menyeru supaya ummah dibangkitkan dari kehancuran yang pernah berlaku di dalam peperangan Arab-Israel 1967, dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Checnya, peperangan Kashmir, perang Moro, perang Afghanistan dan yang terbaru peperangan Bush sekutu Yahudi untuk memerangi seluruh umat Islam di dunia bila dia mengisytiharkan dalam satu upacaranya bahawa tahun 2002 merupakan tahun perang dan seluruh belanjawan Amerika akan dijuruskan kepada ketenteraan. Ummah perlu sedar bahawa tanpa khilafah Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa kesatuan mereka menjadi hidangan musuh, tanpa jihad mereka terus dalam kehinaan.

Semoga dengan ini kita akan kembali jelas dan yakin bahawa perjuangan ini adalah untuk menegakkan semula khilafah Allah di muka bumi dan bukan sekadar membina sebuah negara Islam dalam ertikata yang sempit.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...