"Untuk pengetahuan Syeikh Allamah Abdul Muhsin Al-Abbad telah menamatkan pengajian kitab Sunan Ibnu Majah semalam 16 Jumadal Akhirah 1431h.

Dengan ini, Syeikh Allamah telah menamatkan pengajian Kutub Sittah selama 26 tahun di
Masjid Nabawi bermula Muharram 1406H.

Syeikh telah memulakan pengajian Kutub Sittah bermula dengan
Sahih Muslim, kemudian Sahih Bukhari, kemudian Sunan Nasaie, kemudian Sunan Abi daud, kemudian Sunan Tirmizi dan diakhiri dengan Sunan Ibni Majah.

Semoga Allah memberikan keberkatan kepada Syeikh, keluarganya, pelajar-pelajarnya dan orang-orang yang mencintainya, dan semoga Allah memberikannya sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat".


Terima kasih kepada Ust Abdul Rahman Abdul Rahim kerana maklumat yang bermanfaat ini. Semoga Allah memberkati usaha dakwah Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad, dan Allah mengurnikan kebahagian didunia dan akhirat kepada beliau, anak-anak murid beliau dan semua yang mencintai beliau. Amin.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...