Zamihan Mat Zin wajar didakwa kerana memfitnah

27/06/2010 4:13pm


KUALA LUMPUR 27 Jun - Fahaman Wahabi tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan pengganas atau golongan pelampau kerana perbuatan keganasan bukannya berpunca daripada fahaman agama sesuatu kelompok tetapi ekoran penyelewengan fahaman serta pelbagai punca yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apabila kefahaman terseleweng, mereka mengambil pendekatan yang berbeza daripada orang lain sehingga ada yang sanggup membunuh orang awam dengan bom dan sebagainya.

"Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz Kebangsaan di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan sentiasa memantau keadaan supaya tidak berlaku penyelewengan ajaran Islam kerana ia boleh merugikan negara dan masyarakat.

Katanya, orang ramai jangan menuduh mana-mana pihak sebagai pengganas atau golongan pelampau melainkan telah dinyatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. - Bernama






Kerajaan Nafi 4 Tokoh Terlibat JI

Oleh:  NIZAM YATIM

Empat tokoh yang dimaksudkan itu ialah bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Menurut beliau, tuduhan berkenaan sebenarnya dibuat oleh pihak lain dalam sesi taklimat berasingan.

''Sebenarnya pada 21 Jun lalu ada dua taklimat. Satu diberikan oleh pihak Bukit Aman, saya fikir taklimat ini adalah tepat serta tidak menimbulkan sebarang masalah dan saya akan mempertahankannya.

''Tetapi ada taklimat kedua. Ini yang saya dengar beberapa pihak mempersoalkannya kerana mengaitkan ahli Parlimen, bekas menteri besar, mufti dan bekas mufti," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz meminta kementerian berkenaan memberi penjelasan berhubung satu dakwaan ketika sesi taklimat kepada naib-naib canselor bahawa keempat-empat mereka terlibat dengan kumpulan pengganas. Pada sesi taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman yang turut dihadiri oleh menteri dan timbalan menteri; penceramah, Zamihan Mat Zain daripada Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dikatakan mendakwa empat tokoh berkenaan terbabit dengan fahaman Wahabi dan JI.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, beliau telah meneliti hujah yang diberikan oleh penyampai taklimat itu dan mendapati ia tidak berasaskan kepada fakta kukuh. ''Terdapat hujah-hujah yang diberikan adalah tidak betul termasuk mengaitkan pengasas Wahabi, Muhammad Abdul Wahab dengan pengasas Arab Saudi, Muhammad Ibn Saud.

''Saya juga berpendapat adalah tidak betul untuk individu berkenaan mengaitkan balas dendam yang terdapat dalam tradisi Arab dengan kegiatan pengganas kerana ia adalah dua perkara berbeza," katanya. Jelasnya, tindakan mengaitkan fahaman Wahabi yang tidak pernah difatwa sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan kegiatan pengganas adalah perbuatan yang melampau.

''Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat itu mempunyai masalah dengan bekas Mufti Perlis. Jadi bagaimana masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara," ujarnya.

Tambah beliau, tindakan mengaitkan agama dengan keganasan adalah berpunca daripada gejala fobia Islam yang banyak berlaku di negara Barat dan ia tidak sepatutnya dibawa ke negara ini.





Kita lihat, adakah pengganas sebenarnya (al-Ahbash) terselamat? Lihat kejahatan mereka yang menjadi punca kepada pemenjaraan beberapa penuntut pengajian tinggi luar negara di UIAM.





9 Tahanan ISA Bukan Pengganas
Oleh; Abdul Rahim Sabri, 24 Jun 2010.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mempersoalkan tindakan kerajaan menahan lapan warga asing yang dikaitkan dengan pengganas sedangkan negara asal mereka tidak menanggap mereka sebagai pengganas. Turut ditahan ialah seorang warga tempatan.
Menurut pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, perkara itu terbukti apabila seorang daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Nigeria - Luqman Abdul Salam - telah menghubunginya tiga bulan yang lalu dan menyatakan beliau bebas daripada tindakan undang-undang di negaranya dan telahpun mendapat pekerjaan di sana.

Syed Ibrahim juga diberitahu bahawa seorang lagi rakan senegara Luqman iaitu Abdul Alhi Bolajoko - turut tidak didakwa atau ditahan oleh kerajaan Nigeria.

"Jika betul kerajaan Malaysia mengatakan mereka sebagai pengganas, tetapi selepas dibebaskan oleh negara asal mereka. Kerajaan mereka menyatakan mereka bukan pengganas.

(Oleh itu) dari situ kita mempersoalkan, kenapa mereka ditahan kerana dikaitkan dengan pengganas," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini petang semalam.

Menurut Syed Ibrahim lagi, pihaknya setakat ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai baki tujuh tahanan termasuk seorang rakyat Malaysia itu.

"Setahu saya, mereka (warga negara asing) telah dihantar pulang ke negara masing-masing," katanya yang juga timbalan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Tambah Syed Ibrahim lagi, pihaknya juga turut menguruskan penghantaran pulang keluarga warga Nigeria itu selepas mereka dibebaskan dan pulang ke negara mereka.

Berdasarkan maklumat GMI, tujuh tahanan yang dibebaskan itu adalah tiga warga Syria yang dikenali sebagai Aiman Al Dakkak, anaknya Mohamed Hozifa serta Kutiba Al-Issa.

Manakala tiga lagi tahanan masing-masing seorang dari Yaman iaitu Khalid Salem, Hassan Barudi (Syria) dan Hussam Khalid dari Jordan. Manakala warganegara Malaysia yang dibebaskan adalah Azzahari Murad.

Februari lalu, GMI berkata adalah dipercayai ada di kalangan 12 orang warga asing dan tempatan yang ditahan di Gombak di bawah ISA Januari lalu mungkin dikaitkan dengan gerakan Wahabi.

Dua belas orang yang ditahan itu adalah antara 50 orang yang 
ditahan di Sungai Cincin, Gombak bulan lalu. Bagaimanapun, 38 daripada mereka dibebaskan tidak lama kemudian.
Manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein beberapa hari selepas itu dilaporkan berkata sembilan daripada tahanan berkenaan kini dalam proses untuk diekstradisi pulang ke negara asal masing-masing.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim mendakwa tindakan mengaitkan bekas tahanan ini dengan kegiatan kumpulan pengganas antarabangsa termasuk menguar-uarkan ancaman Jemaah Islamiah (JI), bertujuan "untuk kepentingan politik pemerintah".

Beliau mendakwa ia juga bertujuan untuk menimbulkan rasa takut kepada umat Islam dan bukan Islam bagi menjustifikasi tindakan pemerintah terhadap pemimpin parti, NGO dan mahasiswa.

"Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjustifikasikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang mana pindaannya akan dibentangkan dalam bulan depan.

"Dengan digambarkan bahawa ISA perlu, seolah-olah Jemaah Islamiah (JI) merekrut pelajar universiti, maka ada keperluan untuk ISA dikekalkan. 
"Ia sebagai tindakan pre-emptive supaya ada sebab ISA dikekalkan atau diperkukuhkan lagi," katanya. 


http://malaysiakini.com/news/135403

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...