Bismillah..


Setahun sudah berlalu sejak kita semua melalui ramadhan yang lalu..alhamdulillah kita diberi peluang sekali lagi untuk melalui bulan yang penuh dengan kemuliaan ini..bukan semua orang mendapat kelebihan ini..mereka yang telah meninggalkan kita semestinya berharap agar mereka dapat bersama kita pada ketika ini...oleh itu ambillah peluang ini dengan sebaik-baiknya ..kita tidak tahu dimanakah kedudukan kita pada tahun hadapan..

Bulan ramadhan seperti mana yang diketahui ramai mempunyai banyak fadhilatnya..di sini saya meletakkan beberapa hadis yang menyatakan fadhilat bulan yang mulia ini..

Fadhilat puasa

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

( Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dalam keadaan beriman kepada Allah dan dan mengharapkan ganjaran daripadaNya nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang lepas)

( ... Dua kegembiraan bagi sesiapa yang berpuasa : kegembiraan ketika mana berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa tuhannya, .. )

( Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang dinamakan ar-rayyan , pintu ini hanya boleh dimasuki oleh mereka yang berpuasa , tidak dibenarkan orang yang selain mereka untuk memasuki pintu ini, akan dipanggil pada hari kiamat " di manakah orang yang berpuasa" dan mereka yang berpuasa akan bangun dan akan memasuki pintu ini, apabila mereka sudah masuk maka pintu ini akan ditutup dan tidak akan dibuka bagi mereka yang tidak berpuasa)

( Tiada hamba Allah yang berpuasa satu hari pada jalan Allah melainkan Allah menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh perjalanan yang mengambil masa 70 tahun disebabkan satu hari itu )


Lailatul Qadr

( Sesiapa yang menghidupkan lailatul qadr dalam keadaan beriman kepada Allah dan mengharapkan ganjarannya nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang lepas)

( Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan )telah sampai, dan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang diharamkan daripadanya ( diharamkan dari kebaikannya dan membuat ibadat di dalam waktunya), maka di telah diharamkan dari segala kebaikan ..)

( Jikalau hamba hamba Allah mengetahui apa itu ramadhan ( kebaikannya dan ganjaran yang ada padanya) nescaya umatku akan berharap agar seluruh tahun itu dijadikan ramadhan) riwayat ibnu khuzaimah

Bulan yang diturunkan Al-Quran

Allah s.w.t berfirman : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.) surah al-baqarah.

Syaitan-syaitan diikat

rasulullah sollalahu alaihi wasalam bersabda

( apabila datangnya bulan Ramadhan akan dibuka pintu-pintu syurga dan akan ditutup pintu-pintu neraka, dan akan diikat syaitan-syaitan )


...dan terdapat banyak lagi fadhilat- fadhilat yang dikandungi ramadhan,..

Akhir kata ..persiapkanlah diri kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini, janganlah biarkan ramadhan itu berlalu begitu sahaja..jadikanlah ramadhan ini sebagai satu madrasah, sebagai satu waktu untuk kita memperbaiki diri kita dan mengajar diri kita erti kesabaran sebenarnya...perbanyakkanlah membaca Al-Quran kerana pada bulan ini lah telah diturunkan al-Quran itu....

Semoga kita semua diberi hidayah dari Allah s.w.t dan termasuk di kalangan mereka yang diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...