Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga PPM Riyadh.

Anda semua dijemput untuk sama-sama memeriahkan hari keluarga, usrah, sukaneka dan pertandingan Futsal komuniti Melayu di Riyadh kelompok Exit 7 dan 5 yang akan diadakan pada pada 16 Disember 2010.

Tempat: Istirahah Al-Jazeera di Thumamah(berdekatan Moonlight).

Usrah akan diadakan selepas Asar oleh Al-Fadhil Ustaz Hafiz Basir (M.A King Sa’ud University) dengan tajuk; "Bagaimana Bertawassul Menurut Syarak".



Pertandingan Futsal insyaAllah akan diadakan pada pukul 8.00 malam.
Untuk pengetahuan,kita akan mengadakan mesyuarat pada hari tersebut selepas solat zohor untuk membingcangkan perjalanan program mukhayyam tarbawi 2 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

InsyaAllah majlis Iftar Jamaie juga disediakan memandangkan hari keluarga pada tahun ini jatuh pada 10 Muharram dan disunatkan untuk berpuasa berdasarkan satu hadis dari Rasulullah S.A.W ketika mana Baginda sampai ke Madinah  dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pad 10 Muharram (A’syura),sabdanya:

فقال النبي صلى الله عليه وسلم : { ما هذا؟ } قالوا:(يوم صالح نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم فصامه موسى) فقال: أنا أحق بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه                                                    

(Kenapa begini? Mereka menjawab; "Ini adalah hari yang baik, Allah telah menyelamatkan pada hari ini Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka (Fira’un) maka Musa berpuasa. Lalu Nabi bersabda; "Aku lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa, maka Nabi berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa".) (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dan sabdanya lagi:
أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

 (Aku berharap kepada Allah agar mengkafarahkan setahun yang telah lalu.)
(Riwayat Muslim)

 

Semoga kita mendapat Rahmat,Petunjuk,Hidayah dan Keampunan dari Yang Maha Esa.Sama-samalah kita memeriahkan hari keluarga dan memantapkan lagi hubungan silaturrahim sesama rakyat Malaysia yang berada di perantauan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...