PPM Riyadh ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Sulaiman di atas usaha beliau menyumbang maklumat dan pengalaman kepada siswa Riyadh berkenaan kerjaya selepas takharruj. Program pada 18 Dis 2010 itu telah diadakan di dewan PPM Riyadh bandar Dir'iyyah selepas solat maghrib.

Sepanjang majlis itu, pelbagai ilmu baru dan maklumat diperoleh memandangkan kebanyakan pelajar tidak pernah berkerjaya dan masih berada di alam pengajian. Maklumat dan pengalaman berkaitan sangat bermanfaat kerana ianya menyumbang kepada kematangan ilmu, penampilan, dan kejayaan di masa hadapan.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Sulaiman MSD Malaysia Jordan kerana sanggup meluangkan masa, pengalaman dan telah menyampaikan sumbangan kepada pihak PPM Riyadh. Jazahullah khairan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...