Al-hamdulillah program yang dirancang telah berjalan dengan lancar pada 23/12/2010. Program Mukhayyam Tarbawi (2) anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa peserta. Jumlah peserta ialah 74 orang dan dibahagikan kepada 9 kumpulan mengikut katogeri umur yang sesuai. Dengan sokongan daripada beberapa warga melayu Riyadh serta 3 orang pelajar Malaysia Madinah, program telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 9 malam.

Forum perdana juga berjalan dengan lancar selama 1 jam 15 minit dengan topic “Membina Masyarakat Rabbani”. Forum itu diharap dapat memberi kefahaman yang bermanfaat kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir. Forum itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad kamil bin Jamilin dengan masing-masing Ustaz Arif bin Musa, Ustaz Abdul Rahman bin abdul Rahim dan Ustaz Lukman bin Mat Sin menjadi ahli panel.

Penyampaian hadiah juga telah menambahkan lagi kemeriahan majlis kepada semua para peserta dan ibu bapa yang hadir. Tidak lupa juga juadah enak-enak yang disediakan oleh ibu-ibu melayu Riyadh cukup memberi makna kepada para pelajar dan semua peserta yang hadir. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Kepada semua penyumbang dan penyuntik semangat didoakan semoga mereka diberi ganjaran pahala yang sebaik-baiknya oleh Allah Ta’ala. Semoga program ini akan berlanjutan dengan nilai-nilai positif seperti yang di impikan semua. Semua tarikh dan sejarah yang dicipta, diharap akan menjadi bukti kekuatan ukhuwwah dan kerjasama yang berterusan dikalangan para pelajar dan semua warga melayu di Riyadh. Amin.

Tazkirah Pagi

Sarapan Pagi


Saguhati Sahaja

Saguhati Juga

Pemenang Kumpulan

Hadiah-hadiah

Semua penggerak program

Hakim Yang Satu

Hakikatnya

Haikal Azlan Model

Siapa Dibelakang Nadhirah

Group Ust Asyraf

Mendengar Ceramah

Giginya Aiman Yang Comel

Diluar Dewan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...