MUKHAYYAM TARBAWI 2
ANJURAN :
PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA RIYADH (PPM RIYADH)
Tarikh : 23 Disember 2010
MUQADDIMAH
Kepesatan pembangunan fizikal dunia hari ini tidak dinafikan lagi telah memudahkan manusia melalui kehidupan seharian dengan lebih mudah,aman damai dan teratur. Begitu banyak manfaat dan faedah yang diperolehi hasil daripada pembangunan yang dicapai.
Namun, sukar dan hampir mustahil untuk kita nafikan bahawa pembangunan fizikal yang kita kecapi hari ini tidak seiring dengan pembangunan rohani.Akibat ketidak seimbangan tersebut, kita dapat melihat hari ini banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh tangan manusia sendiri menggunakan kemodenan dan kepesatan pembangunan fizikal yang terhidang.
Justeru, Islam datang dengan penuh rahmat, mendidik manusia bagaimana cara hidup yang sebenar untuk memakmurkan bumi Allah.Jiwa manusia dibentuk untuk memahami tuntutan dan keperluan hidup demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Kami, PPM Riyadh melihat perkara ini adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai pelajar Islam untuk membantu membentuk syakhsiah kami para ahli persatuan khususnya, dan masyarakat melayu di Riyadh umumnya. Kerana itu, tercetusnya idea untuk kami menjalankan aktiviti tarbiah untuk anak-anak pekerja Malaysia di Riyadh.Program mukhayyam pada kali ini merupakan kesinambungan program mukhayyam yang telah dilaksanakan pada musim panas yang lalu sebagai salah satu usaha menanam perasaan sukakan Islam,sifat kehambaan dan mencetus kesedaran memimpin dunia dengan mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh agama Islam semenjak dari kecil lagi.
MOTO
"Menyemai Ukhuwah, Mencipta Sejarah"
OBJEKTIF PROGRAM
1.      Anak-anak bersolat tanpa disuruh dan dileteri.
2.      Mengenali dan merasa tiada lagi idola sehebat Rasulullah s.a.w
3.      Memupuk dan mencungkil bakat kepimpinan Islam.
4.      Menjadikan anak-anak sentiasa menhubungkaitkan perbuatannya dengan dosa dan pahala.
5.      Memupuk semangat bekerjasama dan saling tolong-menolong.
6.      Memberi kesedaran kepada anak-anak untuk mempunyai keinginan menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
AJK PELAKSANA
PENGARAH PROGRAM
Mohd Hafiz bin Basir
SETIAUSAHA
Farhan Bin Hasmady
BENDAHARI
Muaz bin Musa
PROGRAMER
Ahmad Sabiq bin Abdul Rahman
UNIT PERSEGARAN
Mohd Arif bin Musa
UNIT SPONSOR DAN PERSIAPAN TEMPAT
Mohd Nahquiyuddeen Bin Mohd Najib
UNIT CENDERAHATI DAN TUGAS-TUGAS KHAS
Muhammad Fitri bin Muhammad Nor
Mohamad Azhar bin Mohamad Noor

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...