Assalamulaikum.

Untuk makluman semua warga Malaysia di Riyadh, kami menjemput saudara saudari semua menghadiri Liqa bulanan yang akan diadakan di istirahah berhampiran Moonlight. Kita juga akan mengadakan beberapa program melibatkan ibu bapa seperti forum, futsal bagi kanak-kanak lelaki dan dewasa, serta kelas fardhu ain bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Semoga kedatangan anda akan menyemaikan ukhuwwah dan menghasilkan manfaat dunia dan akhirat.

Objektif


· Mengeratkan silaturrahim dikalangan Muslim Malaysia di Riyadh.

· Memberi kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat melayu Riyadh.

· Melahirkan generasi insan berlandaskan kepada al-Kitab dan as-Sunnah.

Muqaddimah:

Segala pujian bagi Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai Rahmat kepada sekalian alam. Selawat dan salam kepada baginda, ahli keluarganya dan sahabat-sahabat baginda. Dalam keterasingan kita hidup diperantauan samada mencari ilmu, rezeki mahupun pengalaman, amatlah wajar sekiranya tautan ukhuwwah dan sessi pertemuan dikalangan kita diperhebatkan bagi meningkatkan kesatuan, keilmuan, kematangan dan kerjasama supaya segala permasalahan, kebosanan dan kerinduaan dapat diminimumkan.


Nabi pernah menyebut dalam hadis baginda yang bermaksud: "Hanyasanya serigala itu dapat membaham dan memakan daripada seeokor kambing yang bersendirian". Berseorangan dan tidak berjemaah serta hidup dalam satu kelompok juga merupakan kegembiraan bagi syaitan yang pastinya lebih mudah menghasut dan menyesatkan bani Adam. Justeru program liqa (pertemuan) bulanan seumpama ini dirancang dan disusun supaya kita semua mendapat manfaat ukuwwah, ilmu, pengalaman dan keriangan. Semoga Allah mengurniakan taufiknya yang berpanjangan kepada kita semua dan menjadikan kita semua dikalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Alaihissolatu Wassalam.

AJK Pelaksanaan Liqa Bulanan

Pengarah: Mohd. Hafiz b. Abd. Basir

Timb. Pengarah:Hj Bakhtiar Rani

Bendahari: Abg Baithuri

Penolong Bendahari: Fitri Mohd Nor.

Programmer: Abg Nasir, Abg Fauzi Hamid, Azhar, Arif Musa.

Logistic: Abg Rizal, Abg Arimi, Abg Firdaus, Lukman, Muaz, Asyraf Yahya, Abg Harun.

Perhubungan & Informasi: Abg Rizal, Abg Nasir, Abg Arimi, Abg Amir Shariman, Dr Engku, Abg Khairuddin dan Abg Zainal Adnan.


Tentetif program bulan pertama,Mac (24/03/2011):

· Lepas Zohor: Santai

· Lepas Asar: Solat asar berjemaah dan Forum: "Nabi Muhammad adalah Uswah Hasanah" dipengerusikan oleh Abg Baithuri @ Aminullah.

· Panel adalah: Ustaz Ahmad Fauzi Hasan dan Ustaz Ahmad Kamil.

· Kanak-kanak bawah 12 tahun dikendali oleh pelajar2 Imam University.

· Solat Maghrib dan makan.

· Persiapan riadhah bagi kanak-kanak lelaki dan orang dewasa (Futsal).

· Aktiviti Muslimat : Belajar membuat Roti (Open show)


Tempat:

Thumamah: Al Jazira berdekatan dengan Monnlight(Istirahah Mukhayyam Tarbawi (2))


Lain-lain perkara:

1. Tabung derma akan dilancarkan untuk mengurus liqa’ bulanan yang akan datang.

2. Hadirin diminta membawa bersama sedikit juadah untuk dinikmati bersama selepas solat Maghrib.

3. Digalakkan membawa bersama tikar/carpet.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...