Assalamualikum & Salam Sejahtera..

Riyadh, Saudi Arabia - Tahniah diucapkan kepada 5 pelajar dari Malaysia kerana telah diterima untuk belajar di Al-Imam Muhammad Bin Sau’d Islamic Universiti bagi sesi pengajian 2011/2012M @ 1432/1433H.
[ Click To Enlarge ]
Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka kerana dapat melanjutkan pengajian di peringkat universiti di sini. Seramai 100 orang pelajar telah diterima pada tahun ini dari seluruh pelusuk benua. InsyaAllah sesi pengajian akan bermula pada 10 September 2011 yang akan datang.

Nampaknya tahun ini merupakan rekod tertinggi bagi Malaysia kerana tahun-tahun yang lepas hanya seramai 2 atau 3 orang sahaja terpilih setiap tahun. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak universiti kerana telah menerima pelajar dari Malaysia untuk menuntut di sini.
Untuk makluman umum, segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi Arab Saudi sehingga tamat pengajian. Para pelajar akan mendapat biasiswa penuh dari kerajaan Arab Saudi dan tiket untuk cuti musim panas setahun sekali. Untuk keterangan lebih lanjut, anda bolehlah layari laman rasmi universiti dan laman rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh.

Ahlan Wa Sahlan dan Alfu Mabruk diucapkan kepada mereka. Semoga peluang keemasan untuk menuntut ilmu di sini tidak dilepaskan begitu sahaja. Selamat menuntut ilmu dan beramal dengan ilmu di dada.

One Response so far.

  1. assalamualaikum,apakah prosuder kemasukan pelajar??
    apakah kelayakan seseorang pelajar???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...