Oleh: Ahmad Kamil Bin Jamilin.


Baru-baru ini dengan "kepanasan" isu WAHABI kembali ke Malaysia, kita mungkin terdengar pihak-pihak yg cuba menjerumuskan Syeikh al-Albaniy dalam kancah ini, serta cuba mendedahkan apa yg dilihat kekurangan dalam penilaian hadith beliau...Lalu disenaraikan hadith-hadith yang Albaniy nilai Dha'if di dalam Sahih Bukhariy & Muslim, kemudian mencantas beliau skaligus cuba mencantas "wahabi-wahabi" yang dikatakan berpegang pada penilaian beliau...Mungkin mereka yg tidak memahami method2 hadith akan menghentam beliau kerana perkara tersebut, tetapi tidak pula cuba mendalami method Albaniy dalam menilai sesuatu hadith.


Perlu difahami bahawa Albaniy merupakan mujtahid di dalam seni hadith, yg pastinya ada kelebihan serta kekurangannya..Antara punca utama beliau menilai lemah sesetengah hadith di dalam sahihain ini adalah kerana beliau tidak menerima riwayat ABU ZUBAIR dari JABIR r.a...beliau dalam isu ini berpandangan bahawa Abu Zubair adalah mudallis, walaupun para pengkritis hadith ramai melihat Abu Zubair adalah thiqah, ada juga yg seiring dgn pandangan Albaniy.


Ini adalah berpunca dari kata2 LAITH BIN SA'D yg menjelaskan bahawa riwayat Abu Zubair dari Jabir adalah sebahagiannya melalui pendengaran terus, dan sebahagiannya tidak...Jika dikaji mendalam kita akan mendapati bahawa hadith-hadith yang Abu Zubair tidak mendengar langsung dari Jabir r.a, beliau mengambilnya dari sahifah SULAIMAN BIN QAIS AL-YASHKURIY...yg mana periwayatannya sahih...kerana itu Imam Muslim berhujah dengan sanad ini. Albaniy pula tidak memandang sebegitu, dan itu adalah ijtihad beliau, walaupun kebenarannya bersama Bukhariy dan Muslim...Panjang untuk dibahaskan perkara ini....


Tidak wajar beliau dihentam walhal terdapat tokoh terdahulu yang juga mengkritik sanad tersebut...Perlu difahami method-method beliau dalam menilai sesuatu hadith...tidak semesti penilaian beliau tepat 100%...menurut kajian beliau banyak bersandar kepada kitab Taqrib semata, yg mengakibatkan sudut-sudut 'ilal hadith serta perkara seperti ittisal mungkin terabai...akan tetapi kekurangan tersebut tidak merendahkan martabatnya dalam bidang hadith.


Perlu diingat bahawa mereka yang membaca karangan hadith beliau pasti menemukan bahawa beliau mengangkat tinggi kedudukan hadith di dalam sahihain...Adakah ketaksuban melulu telah membutakan mata serta hati mereka yang gemar menjatuhkan ulama'? Lantas tanpa kajian serta penelitian mereka bercakap tentang ilmu hadith bagaikan mereka ini Yahya bin Ma'in??


Imam Daruqutniy juga pernah mengkritik hadith-hadith dalam sahih muslim, tetapi pernahkan beliau ditohmah sebagai wahabi?? pernahkah sesiapa mencabar ketokohannya dalam bidang hadith? Perkara-perkara dalam proses penilaian hadith bukan perkara mudah, banyak melibatkan perkara-perkara yang hanya mereka yang pakar serta bergelumang dalam bidang ini sahaja yg tahu...Hormatilah para ulama' & ilmu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...