Kami dari pihak Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh (PPM Riyadh) ingin mengucapkan selamat kembali ke bandaraya Riyadh kepada semua pelajar yang pulang bercuti ke Malaysia semenjak awal bulan enam yang lalu.

Semoga percutian yang panjang ini dapat mengubati rindu anda kepada saudara-mara dan sahabat handai.

Juga diucapkan selamat menyambung perjuangan ilmu kita yang belum selesai di bumi asing ini demi mempersiapkan diri untuk menyumbang ilmu dan tenaga di tanah air kelak.

Kepada semua pelajar baru yang akan mendaftar di Universiti Imam Muhd bin Saud al-Islamiah, bagi sesi pengajian 1433/34, kami mengucapkan selamat datang, ahlan wasahlan wa marhaban bikum.

Semoga kalian cepat menyesuaikan diri dengan suasana baru di negeri orang. Kami amat bergembira dengan kehadiran anda semua, menjadikan keluarga pelajar Malaysia di Riyadh bertambah ramai.

sekian dari kami,

Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...