Al-Imam Muhammad Bin Saud Islamic University
Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia
Pengenalan:
Al-
Imam Muhammad Bin Saud Islamic University merupakan salah satu di
antara universiti yang termasyur dan terbaik di Negara Arab
Saudi.Universiti ini diasaskan pada tahun pada tahun 1974.Pada tahun
1982, Raja Arab Saudi King Fahd Bin Abdul Aziz telah meletakkan batu
asas untuk pembinaan kampus baru yang terletak berhampiran Bandar
Riyadh, ibu negara Arab Saudi.Majlis perasmian secara rasmi telah
diadakan pada tahun 1990 setelah tamat pembinaan keseluruhannya.Al-Imam
Muhammad bin Saud Islamic
University
(Imam U) merupakan salah satu universiti yang mendapat pengiktirafan
daripada kerajaan Malaysia (JPA&LAN). Imam U merupakan universiti di
bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Kerajaan Arab Saudi.
*untuk keterangan lanjut mengenai pengiktirafan, sila layari www.jpa.gov.my
*untuk keterangan lanjut mengenai pengajian di Imam Muhammad Bin Saud Islamic University, sila layari www.imamu.edu.sa.
Bidang Pengkhususan
Pada
peringkat pertama untuk pelajar asing atau tajaan Kementerian
Pendidikan Arab Saudi yang layak menyambung pelajaran di sini, mereka
diwajibkan untuk belajar bahasa arab di Matrik Bahasa Arab selama 2
tahun atau setahun mengikut tahap penguasaan bahasa arab.Sekiranya
berjaya menghabiskan semua level yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti, para pelajar diwajibkan untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat Diploma Bahasa Arab sebelum layak memasuki kuliah yang
ditawarkan. Kebiasaannya,tempoh selama 3 tahun perlu ditamatkan untuk
pengajian bahasa arab dan asas-asas ilmu agama sebelum melangkah kaki ke
kuliah.
Di antara Kuliah-kuliah yang ditawarkan untuk pelajar selain pelajar arab saudi ialah:
1.Kuliah Syariah Islamiah.
2.Kuliah Usuluddin.
3.Kuliah Dakwah wal I'lam.
4.Kuliah Bahasa Arab.
5.Matrik Bahasa Arab.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1-Permohonan boleh dibuat menggunakan sijil SPM/STAM yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan mendapat cop kelulusan di kedutaan Arab Saudi Malaysia dan Wisma Putra.
2-Dua salinan berwarna pasport antarabangsa.
3-Dua salinana Tazkiah (surat sokongan) dari garaduan mana-mana universiti Arab Saudi.
4.Dua
salinan surat kelakuan baik (Husnu Sirah Suluk) dari pihak sekolah atau
mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan Kerajaan Arab Saudi.
5-Empat keping gambar terkini berukuran pasport.
6-Satu Salinan Medical Check Up.
7.Satu salinan surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.
*
Untuk maklumat pemohon, pihak universiti hanya menerima dua oarang
pelajar sahaja dari setiap negara sementara ini kerana kuota yang
dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi untuk pelajar asing
adalah terhad.
* Segala permohonan boleh dihantarkan kepada persatuan pelajar atau kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
* Pengambilan pelajar hanya dilakukan sekitar bulan 7 atau 1 sahaja berdasarkan semester baru pengajian.
*
Bagi pelajar yang layak mendapat tempat untuk belajar di sini, maklumat
akan disalurkan melalui kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
TAKLIMAT UMUM PENGAJIAN
1- Setiap
pelajar yang layak belajar di Al-Imam Muhammad bin Saud Islamic
Universiti akan mendapat tajaan penuh oleh Kerajaan Arab Saudi.
2- Para
penuntut perlu menghabiskan Matrik Bahasa Arab dan Diploma Bahasa Arab
selama 2@3 tahun berdasarkan penguasaan bahasa arab dan diwajibkan
mendapat keputusan Jayyid Jiddan ( B+ )Matrik Bahasa Arab sebelum melangkah ke kuliah yang ditawarkan.
3- Tempoh pengajian di kuliah selama 4 tahun ( 8 semester berturut-turut ).
4- Segala penginapan telah disediakan untuk pelajar oleh pihak universiti.
Setakat ini sahaja maklumat ringkas yang sempat saya kumpulkan.Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web www.imamu.edu.sa. Insyaallah segala maklumat baru akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Disini kami lampirkan borang permohonan untuk memasuki Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
Disini kami lampirkan borang permohonan untuk memasuki Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud
Disediakan oleh:http://www.mohamadazhar.com/