Memaparkan catatan dengan label Akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akidah. Papar semua catatan

Tiada hujjah buat kumpulan Syiah untuk mempertahankan diri di sebuah negara Sunni. Ini bukan Iran untuk anda mengatakan hak anda telah dicabuli. Sebenarnya anda yang telah mencabuli hak pemerintah dan masyarakat Sunni di negara ini kerana cuba mendakyah masuk ajaran bid'ah Syiah di kalangan masyarakat Islam Sunni. Pengikut Syiah juga tidak perlu berselindung di sebalik kenyataan ulama-ulama Sunni @ deklarasi-deklarasi tertentu yang menerima Syiah sebagai sebahagian daripada umat Islam. Semua itu dengan tujuan untuk mengekalkan kesatuan umat Islam tetapi bukan untuk mengiktiraf ajaran bid'ah Syi'ah seperti yang sedia termaktub di dalam kitab-kitab firaq Islamiyyah (mazhab-mazhab teologi Islam). Selain itu, ini adalah lambang bahawa ASWJ itu sentiasa adil dan sederhana serta tidak semudah itu untuk mengkafirkan sesiapa sahaja.

Syiah perlu akur bahawa mazhab bawaan mereka adalah bid'ah di sisi umat Islam Sunni kerana perbezaan pada sumber hukum. Lihat bagaimana Syeikh Yusof al-Qaradawi mempertahankan kenyataan yang mengatakan bahawa Syiah adalah sebuah mazhab bid'ah. Beliau menegaskan bahawa Syiah itu kumpulan bid'ah ketika berhadapan menangani kumpulan ekstrem yang mengatakan Syiah itu kafir. Di samping itu beliau turut menegaskan, "Apa yang aku sebutkan berkenaan percubaan-percubaan Syiah untuk memerangi kalangan masyarakat Sunni, aku tetap mempertahankannya (kenyataannya) dan tidak boleh tidak menghadapinya, jika tidak aku telah mengkhianati amanah dan melalaikan tanggungjawabku ke atas ummah".

Lihat! Apa lagi kata al-Qaradawi tentang Syiah dengan penuh amanah dan kejujuran, beliau berkata:"...aku katakan tentang Syiah; sesungguhnya mereka kumpulan bid'ah bukan kuffar, ini disepakati kalangan Ahli Sunnah, jika aku tidak mengatakan ini bermakna aku telah menafikan, kerana sesungguhnya kebenaran itu tidak berbilang-bilang...pendirianku ini adalah pendirian setiap alim Sunni yang sederhana terhadap Syiah Imam 12...".

Kesimpulannya, walaupun kita di kalangan ASWJ tidak begitu mudah mengkafirkan Syiah, namun Syiah tetap dianggap kumpulan bid'ah yang terkeluar daripada manhaj Islam yang sebenar dan penyebaran ajaran mereka perlu disekat di kalangan umat Sunni bagi memelihara aqidah dan syariah Islam.

Wallahu a'lam.


http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/syiah-kumpulan-bidah.html


Oleh; Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Merujuk kenyataan bekas calon BN, Mohd Nor Idris (bawah, kanan), mengenai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat: 

"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan... dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan". (Malaysiakini)
Saya melihat perlu perkara ini diulas, agar tidak menjadi ikutan atau pegangan sesetengah pihak. Walaupun itu merupakan kenyataan peribadi, tetapi apabila disiarkan dalam media, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan. 

Bukan kerana hendak membela MB Kelantan semata, tetapi saya ingin menyanggah cara penghujahan sebegini agar tidak menjadi trend golongan agama nanti. 

Saya fikir jika kita membenarkan hujah seperti digunakan untuk menilai insan lain, maka rosaklah alam ini. 

Bagaimana mungkin dengan mendakwa kasyaf atau dapat mengingkap rahsia seseorang dengan menggunakan unsur spiritual dijadikan ukuran dalam menilai seseorang? 

Jika ini dijadikan hujah dalam menilai atau menghukum seseorang, maka ramailah yang akan terzalim. 

Nanti akan datang pihak lain pula, lalu menghukum orang pula sebagai buruk berdasarkan kasyafnya atau mimpinya atau ilhamnya yang kesemua itu disandarkan kepada Tuhan. Lalu nama Allah dijadikan mainan. 

Salah, betul berdasarkan fakta, bukti
Dalam Islam, walaupun seseorang mungkin mempunyai 'perasaan dalamannya' yang tersendiri, namun itu tidak boleh dijadikan hujah dalam memburuk atau menilai orang lain tanpa bukti apath lagi untuk tatapan umum. 

Nabi SAW yang menerima wahyu pun, namun dalam hadis baginda menyebut: "Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 

Ertinya, dalam menghukum dan menilai baginda berteraskan hujah. Maka kita dalam menilai seseorang hendaklah berdasarkan bukti dan hujah bukan sekadar perasaan hati, atau bisikan kasyaf atau mimpi. Jika hal itu dibolehkan, tentu baginda Nabi SAW terlebih dahulu melakukannya. Sebaliknya, penilaian atau hukuman tetap berteraskan bukti dan hujah. 
Jika beliau (Mohd Nor) ingin mengkritik atau menilai MB Kelantan sebagai tangan syaitan, beliau hendaklah mendatang hujah dan bukti kejahatan yang melayakkan dinilai sedemikian rupa. Jika ada hujah, ia diterima. Jika tiada, ia tuduhan tanpa dalil.

Maka hendaklah kita ingat, bahawa kasyaf, mimpi, ilham dan seumpamanya bukan hujah dalam menentukan kebenaran atau kesalahan. 

Penentuan salah betul dalam Islam adalah fakta dan bukti. Al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) menyebut: "Selemah-lemah hujah mereka (ahli bidaah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: 'Kami bermimpi lelaki solih tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini, buat ini1'." 

Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasauf. Di kalangan mereka ada yang berkata: 'Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini. Dan memerintah aku sebegini'. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syariat. Ini adalah salah, kerana mimpi selain para nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika dibolehkan, maka ianya diamalkan, jika tidak ianya ditinggalkan"(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, cetakan Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut).

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau wahyu". (Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...