Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan

Keutamaan Sepuluh Hari Pertama bulan Dzulhijjah

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, salawat dan salam tercurah kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarganya dan para shahabatnya. Amma Ba’du.

Di antara keutamaan dan kebaikan yang Allah berikan kepada hamba-Nya adalah Allah jadikan bagi hamba-hamba-Nya yang solih suatu masa yang mereka berlumba-lumba untuk memperbanyak amal soleh. Di antara musim yang paling agung ini adalah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah.

Diantara dalil-dalil dari kitab dan sunnah adalah:

1. Firman Allah :

وَالْفَجْرِ ﴿1﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿2﴾

Demi fajar, dan malam yang sepuluh (QS. Al Fajr:1-2)

Berkata Ibnu Kathir, “Yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah sepuluh hari dzulhijjah”.

2. Firman Allah,

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“…Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan” (QS. Al Hajj: 28)

Berkata Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma: “(yang dimaksud adalah) sepuluh hari dzulhijjah”.

3. Hadits yang diriwayatkan Ibnu Abbas -Radhiyallahu ‘anhuma- dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ما العمل في أيام أفضل من هذه العشر" قالوا: وَلاَ الْجِهَادُ؟ قال: "ولا الْجِهَادُ إِلاَّ رجلٌ خَرَج يُخَاطِرُ بِنَفْسِه وَمالِه فلمْ يرْجِعْ بِشيء

“Tidak ada hari di mana amal solih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari pertama pada bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya: “tidak juga jihad fi sabilillah?”. Beliau menjawab: “Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang pergi (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun” (HR. Bukhari).

4. Hadits Ibnu Umar - Radhiyallahu ‘anhuma -, ia berkata,

“Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari pertama ini. Maka pada hari-hari itu perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmid” (HR. Ath Thabrany dalam kitab Al Mu’jam Al Kabir)

5. Sa’id bin Jubair -Rahimahullah- ( periwayat hadith Ibnu Abbas diatas), apabila memasuki sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah) dia sangat bersungguh-sungguh dalam beribadah (sampai batas akhir kemampuannya). (Diriwayatkan oleh Ad Daarimi dengan sanad yang hasan).

6. Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Baari berkata: “Sebab nyata keistimewaan sepuluh hari pertama Dzulhijjah adalah kerana pada waktu tersebut berkumpul induk ibadah-ibadah yang agung iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Hal ini tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.”

7. Para muhaqqiq dari kalangan ahlul ilmi berkata, “Sepuluh hari pertama pada bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang paling utama, dan sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan adalah malam-malam yang paling utama”.

Amalan-amalan yang disyari’atkan pada sepuluh hari bulan Dzulhijjah

1. Solat

Disunnahkan untuk bersegera dalam melakukan solat-solat fardhu dan memperbanyak solat-solat sunnah kerana solat adalah ibadah yang paling utama bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri dengan tuhannya.

Diriwayatkan dari Thauban -radhiyallahu ‘anhu- beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

عليك بكثرة السجود لله فإنك لا تسجد سجدة إلا رفعك إليه بها درجة، وحط عنك بها خطيئه

“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana sesunggguhnya tidaklah engkau melakukan satu sujud melainkan Allah akan mengangkat darjatmu dan menghapuskan kesalahanmu” (HR. Muslim).

Hadits ini berlaku umum pada setiap waktu.

2. Puasa

Puasa termasuk amal soleh. Dari Hunaidah bin Khalid dari isterinya, dari isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka berkata,

كان رسول الله يصوم تسع ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيام من كل شهر

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada tanggal sembilan Dzulhijjah, hari ‘Asyura dan tiga hari pada tiap bulan” (HR. Imam Ahmad, Abu Daud, An Nasa’i)

Berkata Imam An-Nawawi tentang puasa pada sepuluh hari bulan Dzulhijjah, bahwa puasa tersebut sangat dianjurkan.

3. Bertakbir, bertahlil, dan bertahmid

Sebagaimana dalam hadits Ibnu Umar yang terdahulu : “Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid.”

Berkata Imam Al Bukhari -Rahimahullah-, “Ibnu Umar dan Abu Hurairah -Radhiyallahu ‘anhuma- keluar ke pasar, sambil mengumandangkan takbir, lalu orang-orang pun mengikuti takbirnya”. Beliau juga berkata, “Umar bertakbir di dalam khemahnya di Mina, hingga dapat didengar oleh orang-orang di masjid. Mereka pun mengikutinya, demikian juga orang-orang di pasar turut bertakbir. Hingga Mina dipenuhi oleh gema takbir”

Ibnu Umar bertakbir pada waktu itu di Mina setelah selesai solat, di atas hamparannya, di dalam khemahnya, di majlisnya dan ketika berjalan. Disunnahkan untuk mengangkat suara takbir sebagaimana yang dilakukan Umar, Ibnu Umar dan Abu Hurairah.

Maka marilah kita menghidupkan sunnah yang hampir dilupakan ini hingga di kalangan para ahli kebajikan pun hampir-hampir lupa melakukannya berbeza halnya dengan orang-orang soleh terdahulu.

4. Puasa hari Arafah

Puasa hari arafah ditekankan untuk dilakukan oleh orang yang tidak menunaikan haji, sebagaimana hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hari Arafah, bahwa beliau berkata,

أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده

“Aku berharap Allah akan melebur dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang” (HR. Muslim)

5. Keutamaan hari raya korban

Sebahagian besar kaum muslimin lalai dari hari yang agung ini. Padahal sebahagian besar ulama’ berpendapat bahwa hari tersebut merupakan hari yang paling mulia secara mutlak termasuk hari Arafah sekalipun. Berkata Ibnu Qayyim -Rahimahullah- “Sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Yaum Nahr (hari raya korban), ia merupakan hari haji akbar”.

Sebagaimana dalam Sunan Abu Daud, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sesungguhnya hari yang paling agung di sisi Allah adalah Yaum Nahr, kemudian hari Qor”

Hari Qor adalah hari bermalam di Mina, iaitu hari ke sebelas bulan Dzulhijjah.

Ada pula yang berpendapat hari Arafah lebih utama kerana puasa pada hari tersebut dapat menghapus dosa selama dua tahun, tidak ada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka dari hari Arafah, dan Allah mendekat kepada hamba-hamba-Nya. Kemudian Allah berbangga kepada para malaikat dengan banyaknya orang-orang yang wukuf.

Pendapat yang paling benar adalah pendapat yang pertama, kerana hadith yang menunjukkan hal itu tidak bertentangan dengan apapun. Terlepas dari hari apapun yang lebih baik, hari nahr ataupun hari arafah, Hendaklah kaum muslimin bersemangat untuk meraih keutamaannya baik yang sedang berhaji ataupun tidak, untuk memperoleh keutamaannnya dan memanfaatkan kesempatan tersebut untuk beribadah.

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ



Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-‘Ankabut :


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُون وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,


Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu ujian dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Setelah sebulan ditarbiah dengan melalui pelbagai ujian terhadap hawa nafsu maka tanyalah diri kita samada telah lulus dan berjaya menjadi hamba Allah yang tunduk patuh kepada segala suruhan dan larangannya atau tiada sebarang perubahan ke arah menjadi hamba Allah yang soleh.

Ketika berseronok menyambut hari raya marilah sama-sama kita merenung samada kita memang layak untuk berhari raya kerana berjaya dalam menghadapi ujian tarbiah Ramadhan atau hanya menumpang tuah orang lain. Antara ciri golongan yang berjaya dalam ujian tarbiah Ramadhan ialah orang yang terus menyuburkan puasa sunat, membaca al-Quran, solat sunat, bersedekah dan berzakat, suka memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan amalan soleh yang lain walau pun telah berlalunya Ramadhan.

Ciri-ciri golongan yang ditolak amalan puasanya pula ialah orang yang gagal membuang sifat tercela daripada dirinya seperti takabbur, sombong, hasad dengki, khianat amanah, suka makan perkara haram umpama rasuah dan riba serta merasa begitu gembira dengan pemergian Ramadhan seolah-olah banduan bebas daripada penjara. Ingatlah bahawa kita semua bukan mahu berhari raya di dunia ini malah apa yang lebih penting kita mahu berhari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf :


يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas


Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap kerja buat kita termasuk masalah pemakaian agar tidak mendedah aurat, cara berbelanja agar dari sumber halal dan diguna pada jalan halal disamping tidak melakukan pembaziran terutama ketika menyambut hari raya.

Kita wajib bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan hari raya serta menggalakkan umat Islam untuk berpakaian cantik pada hari mulia ini. Kedatangan Islam mengajar manusia supaya berpakaian cantik di mana pernah berlaku dalam sejarah Afrika, kapitalis Kristian begitu marah kepada pendakwah Kristian yang hanya berjaya mengkristiankan rakyat Afrika sedangkan jualan pakaian tidak laku kerana mengekalkan pemakaian cara lama sedangkan kawasan Afrika yang dikuasai Islam melahirkan rakyat yang berpakaian cantik yang memajukan perniagaan pakaian.

Oleh itu menjadi suatu fitnah yang jahat jika Islam dituduh sebagai penyekat kepada amalan menjaga kecantikan kerana arahan dalam menjaga aurat bukan untuk menyekat sebaliknya bagi menjaga maruah terutama golongan wanita yang kini ditelanjangkan oleh musuh Islam. Kapitalis terutamanya menjadikan tubuh wanita sebagai bahan dagangan yang diperguna semaksima mungkin bagi keuntungan mereka melalui iklan, program hiburan dan sebagainya. Adalah amat malang jika umat Islam turut gembira untuk ’melacurkan’ tubuh mereka untuk didagangkan oleh kapitalis yang tidak berhati perut.

Kembalilah kepada pakaian ikut syariat Islam wahai muslimat ketika ramai golongan wanita muslimat di bumi Eropah seperti Itali, Perancis yang berdepan dengan tekanan undang-undang semata-mata mahu memakai purdah. Akibat anti-Islam maka pakaian Islam dianggap bahaya sedangkan bertelanjang dianggap lambang kemajuan dan kebebasan. Kita seru daripada peringkat pemimpin sehinggalah rakyat jelata agar kembali menutup aurat bukan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi pada setiap masa dan tempat kerana malaikat Raqib ‘Atid ada di mana-mana setia mencatat segala amalan baik dan jahat kita.

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,


Tarbiah Ramadhan sekiranya dihayati betul-betul dalam kehidupan sudah pasti masalah jenayah buang bayi yang begitu dahsyat akhir-akhir ini tidak akan berlaku. Biasanya setiap masalah ada puncanya, begitulah masalah buang bayi kebanyakannya akibat zina selain sumbang mahram dan rogol di mana jarang kedengaran anak hasil perkahwinan yang sah dibuang. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menyarankan antaranya amalan puasa dalam menyekat hawa nafsu sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan imam Bukhari :


قال النبي e : مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya : Wahai para pemuda! Sesiapa di kalangan kamu yang mampu kahwin maka berkahwinlah sesungguhnya ia lebih berjaya memelihara pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia merupakan benteng baginya (daripada syahwat)


Amalan untuk menjauhi zina juga ialah menjaga mata serta menjauhi perkara yang boleh menimbulkan syahwat kerana suatu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Seterusnya mesti manfaat masa kosong dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan, berpersatuan, banyakkan mandi ketika cuaca panas, kurangkan makanan berempah, kurangkan minum kopi dan teh, tidak banyak makan daging merah dan telur, tidur secara mengiring mengadap qiblat sebagaimana amalan nabi, jauhi tidur terlentang atau meniarap dan bersahabat dengan orang soleh. Apa lebih penting terus tambah ilmu agama yang bermanfaat di mana antara cirinya-cirinya sebagaimana yang disebut oleh imam al-Ghazali iaitu

[1] ilmu yang menambah rasa takut kepada Allah.

[2] dapat buka mata hati untuk nampak keaiban diri sendiri.

[3] semakin nampak cara untuk menambah amal ibadat.

[4] kurangkan rasa tamak kepada dunia.

[5] tambah rasa cintakan akhirat.

[6] buka mata hati untuk nampak perkara yang membinasakan ilmu sehingga sentiasa berwaspada menjaganya.

[7] nampak jelas tentang tipudaya syaitan dalam merosakkan kita sepanjang masa.

Di samping itu, pihak keluarga bermula dengan bapa mesti suburkan sifat cemburu dengan mengawal pergerakan anak-anak di mana kita pernah mendengar bagaimana ada sahabat nabi yang sanggup menutup lubang dinding rumah kerana bimbang ada orang yang melihat isterinya, ada sahabat nabi yang sanggup memancung kepala lelaki yang mendekati isterinya tanpa tujuan.

Manakala anak isteri pula wajib ada sifat malu supaya tidak terlibat dengan perbuatan tidak bermoral.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قال النبي e : لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ

Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya).


Masalah lahirnya begitu ramai anak zina di mana perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan jumlah 257,000 orang anak tanpa bapa didaftarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 dengan purata 84 orang sehari. Masalah kronik ini akan bertambah parah jika menggunakan fahaman sekuler yang memisahkan antara agama dan urusan dunia seperti kenyataan Kementerian Pelajaran yang sedia mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras dengan alasan ia berjaya di United Kingdom dengan menyembunyikan bahawa yang berjaya ialah mengurangkan pelajar hamil bukannya mengurang jumlah pelajar berzina.

Kita tidak mahu nama mata pelajaran sahaja berbeza tetapi isi kandungan dengan pengajian seks ala barat dikekalkan iaitu menghidupkan budaya zina cara selamat dengan memandang bahawa zina bukan suatu kesalahan besar sebaliknya yang salah ialah mengandung akibat tidak pandai berzina. Ia ibarat mengajar pelajar cara mencuri dengan betul. Akhirnya penyakit semakin parah bukan semakin kebah. Begitu juga cadangan membina sekolah pelajar hamil sekiranya tidak dikaji betul-betul bakal menambahkan jumlah penzina dan anak zina.

Jika sebelum ini jumlah pusat serenti sama naik dengan pembinaan universiti maka dibimbangi selepas ini jumlah sekolah pelajar hamil sama banyak dengan kelab malam. Akhirnya banyak wang rakyat terpaksa dihabiskan untuk merawat penyakit sosial yang semakin parah. Itu belum dikira dengan jumlah lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam akibat dadah dan zina.

Selagi pintu zina tidak mahu ditutup seperti kelab malam, hiburan melalaikan, rancangan tv dan majalah yang menggalakkan kepada penzinaan, kebebasan akses internet maka selagi itu kesan buruk terus timbul. Tegakkan hukum Islam disamping pencegahan seperti had pergaulan termasuk di sekolah, universiti, tempat kerja. Tiru kerajaan Acheh yang mempunyai polis Syari’e yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang memakai pakaian mendedah aurat dan berduaan tanpa ikatan nikah di kawasan terbuka. Mencegah lebih baik daripada berubat. Bila sudah menjadi penyakit maka habis berjuta wang pun sudah terlambat

Muslimit /mat yang diberkati Allah,


Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.



Hari raya ialah hari kasih sayang di mana Islam telah menggariskan adab yang begitu indah jika diamalkan dalam menjaga hak sesama Islam dan juga bukan Islam. Islam menghapuskan semangat kebangsaan sempit yang mempertahankan kesesatan dan kesalahan atas alasan sesama bangsa akhirnya masalah kezaliman, pecah amanah yang menyebabkan kerugian ribuan juta wang negara berbanding penjimatan subsidi sebanyak RM750 juta yang menyiksa rakyat ditambah lagi dengan kes rasuah yang menyaksikan seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah tahun lalu mengikut laporan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak dapat ditangani.

Tiupan angin perkauman sempit bertujuan menutup pelbagai jenayah penyalahgunaan kuasa dalam merompak harta rakyat. Kita tidak mahu terus tertipu dan terpedaya dengan taktik kotor yang merbahaya ini sehingga keadilan gagal ditegakkan manakala pemimpin zalim terus kekal berkuasa. Jangan akibat sibuk cari makan kita tidak menghiraukan masalah negara. Ingatlah tentang bahaya dunia jika tidak pandai diurus sehingga membinasakan kita sebagaimana kata Syeikh Ibrahim Adham : Setiap umat ada berhalanya yang disembah dan berhala umat ini ialah wang dinar dan dirham. Begitu juga peringatan imam al-Ghazali : Sekiranya kita hormat kepada orang soleh kerana hartanya maka hilang setengah agama kita apatah lagi jika hormat kepada orang zalim kerana hartanya maka semakin buruk kesan padahnya. Oleh itu dengan semangat Aidil Fitri yang bererti kembali semula kepada fitrah iaitu suci daripada dosa dan sifat tercela marilah kita sama-sama kembali kepada sistem al-Quran barulah kita mulia dan bahagia dunia akhirat.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :


وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Muslimin/mat yang dirahmati Allah.



Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran terutama bila adanya perancangan jahat sebuah gereja di Florida untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001 serta suara sumbang yang memperlekehkan hukum al-Quran.

Tarbiah Ramadhan sepatutnya menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan dan Pakistan yang dilanda banjir besar di samping negara-negara yang lain. Ketika berdepan dengan kekejaman musuh terutama Yahudi maka umat Islam mesti bergerak bersama dalam setiap sudut. Kita rasa kecewa bila kerajaan lebih rela menyuap 77 juta setahun kepada APCO sebuah syarikat pro Zionis Yahudi sedangkan sanggup menaikkan harga barang atas alasan menjimatkan subsidi ditambah dengan saman ekor yang memeritkan sehingga Yahudi didahulukan rakyat diketepikan.

Jika di Palestin kerajaan HAMAS pilihan rakyat dalam pilihan raya dinafikan hak atas hasutan Amerika dan Yahudi maka begitulah nasib menimpa rakyat Kelantan yang dinafikan hak royalti minyak sedangkan dalam masa yang sama pemimpin sanggup menyerah secara percuma 2 telaga minyak yang bernilai RM 230 bilion kepada Brunei. Ketika mahu meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang melangkah yakin memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham yang sepastinya suatu yang disuruh oleh al-Quran. Yahudi terus dapat menjajah dan memperbodohkan kita sekiranya kita terus yakin dan menggunakan wang kertas ciptaan mereka.

Ramai pakar ekonomi dunia berhujah sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan termasuk kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran, pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Kapitalis begitu bimbang sekiranya dunia kembali semula kepada Dinar Emas yang stabil berbanding duit kertas di mana wang yang kita simpan akan menyusut dengan begitu teruk pada suatu ketika nanti sehingga nilai seribu ringgit selepas ini mungkin tidak dapat membeli apa-apa lagi. Inilah kehebatan sistem al-Quran yang bertujuan untuk kebaikan manusia sedangkan sistem Yahudi dari dulu lagi diperkenalkan untuk memeras dan menindas manusia.

Pilihlah sama ada cara hidup Islam yang hendak diguna atau terus berseronok untuk menjadi hamba abdi Yahudi seumur hidup.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم(

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.


اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيدالفطر

يغ فرتام

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر. وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا .

اَلْحَمْدُلله رَبِّ العالَمِينَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلا عُدْوانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْن. أَشهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرِ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَلْبَدْرُ الْدُجَّى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَحْمَةِ، وَشَفِيْعِ الأُمَةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أما بعد .

فَيَا عِباَد َالله، اِتَّقُوْا الله، وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىْ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

واهي همب – همب الله !، برتقواله كفد الله، (مغيكوت سكل فرينتهث دان منيغضلكن سضل لاراغنث ).دان خاريله بكالن، مك سسوغضوهث سبأيك – بايك بكالن ايت اياله برتقوى. مك برجايله اورغ- اورغ يغ برتقوى .

فارا جماعة يغ دحرماتي !.

هاري اين كيت برهاري راي، ستله سبولن فنوه منونايكن عبادة فواس يغ دواجبكن، موده- مودهن كيت منونايكن فرمان الله :

( وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

البقرة: ١٨٥

(دان سفاي كامو خوكوفكن بيلاغن دان ماس (عبادة فواس )، كامو جوض ممبسركن الله (مملياكنث دغن برتكبير) كران مندافت فتونجوقث دان سفاي كامو برشكور ).

كيت برهارف مندافت سموا فضيلة رمضان. فرمولأنث رحمة الله، فرتغاهنث، كامفونن درفد دوسا دان فنوتوفث دمرديكاكن درفد افي نراك. كيت مموهون الله منريما عبادة فواس يغ تيدق ترهيغض فهلاث، هاث الله يغ مننتوكن فهلاث دان منجافي متلامت فواس دغن منجادي اورغ-اورغ يغ برتقوى دغن بوقتي منضقكن القران منجادي فتونجوق سلوروه فرجالنن هيدوف كيت، درفد دنيا سهيغك هاري آخيرة .

مسلمين دان مسلمات يغ دكاسيهي .

ماريله كيت مراسأي معجزة القران الكريم يغ برتروسن سهيغض هاري قيامة ، دغن برفيكير مغمبيل اعتبار، افبيل مندغر دان مليهت كموسناهن هيدوف يغ برلاكو دسلوروه دنيا هاري اين ، مننداكن بنرث بهوا القران اداله ساتو-ساتوث فتونجوق يغ مثلامتكن مانسي دسلوروه عالم، كران اياث درفد الله توهن فنجيفتا عالم اين. بايقث جناية، كمالغن درومه دان دجالن راي، مريبقث فياكيت، سوسهث كهيدوفن، مشاركت مأنسي يغ برخلارو، خواخا فانس دان سجوق يغ تيدق مننتو، دان بنخان عالم يغ دلافوركن برلاكو دكليليغ كيت، كماراو يغ مغضرونكن، بنجير يغ ممبيناسكن دان ضمفا بومي يغ مغهنخوركن. سوده تيبا ماسث كيت كمبالي كفد فتونجوق الله . دغرله فرمان الله :

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ الروم: ٤١

(تله ظاهير كروسقئن ددارت دان دلأوت، دغن سبب اف يغ دلاكوكن اوله تاغن-تاغن مأنسي سنديري، سفاي دراساكن كفد مريك سبهكين درفد فربواتن مريك، سفاي مريك كمبالي كفد فتونجوق الله ).

سموا فونخاث اياله كران مأنسي ملنتيق اداث توهن يغ لأين درفد الله، منيغضلكن اوندغ-اوندغ الله، برهارف كفد مخلوق يغ مننتوكن هيدوف مريك دان منيغضلكن فراغي مأنسي يغ سبنرث مغيكوت فطرة (سمولا جادي)، سهيغض مغيكوت فراغي بناتغ يغ تيدق برعقل دان لبيه درفد ايت. والو فون مريك دبري امارن خلاك ددنيا دان نراك دهاري آخيرة . فرمان الله تعالى :

tوَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ الأعراف: ١٧٩

(سسغكوهث كامي جاديكن انتوق نراك جهنم ايت بايق درفد كالاغن جين دان مأنسي، يغ ممفويأي هاتي يغ تيدق ماهو ممهامي (اية-اية الله )، يغ ممفويأي مات يغ تيدق ماهو مليهت بوقتي-بوقتي (كاسأن الله ) دان ممفويأي تليغا يغ تيدق ماهو مندغر(اجارن نصيحة يغ بأيك)، مريك سفرتي بناتغ ترنقئن ، بهكن لبيه سست لاضي، مك مريك ايتوله اورغ-اورغ يغ لالي).

مسلمين دان مسلمات يغ درحمتي الله .

كتهويله بهوا، افبيل مأنسي ايت تركلوار درفد فراتوران الله، برمعنى مريك تله ملاكوكن فركارا يغ تركلوار درفد صفة فطرة ( سمولا جادي ) مريك. تيدقكه كيت مليهت سنديري افبيل سسوات مخلوق ايت دكلواركن درفد طبيعة فطرة سمولا جاديث مك بناسله اي؟. سفرت مغلواركن ايكن درفد اير، منجمفور مكانن يغ بأيك دغن راخون يغ ممبونه . افبيل مأنسي يغ دتوضسكن برعبادة كفد الله دان منتدبير مخلوق يغ لأين داتس موك بومي تيدق مغيكوت فطرهث (صفة سمولا جادي) خيفتأن الله، برمعنى بوكن سهاج ديريث روسق، بهكن ممباوا كروسقئن دموك بومي سلوروهث. الله مغهورايكن فربيذأن دانتارا مريك يغ برتقوى دان تيدق اد صفة تقوى دالم ديريث . فرمان الله تعالى :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿96﴾ أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿97﴾أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿98﴾ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ ﴿99﴾ الأعراف: ٩٦ – ٩٩

(دان كالو سكيراث فندودق نضري ايت برإيمان دان برتقوى، تنتوله كامي بوكاكن كفد مريك سضل كبركاتن يغ داتغ درفد لاغيت دان بومي. تتافي مريك ممبوهوغي (رسول دان كتاب الله)، لالو كامي تيمفاكن كفد مريك عذاب سيقسا دسببكن اف يغ مريك اوسهاكن. فاتوتكه فندودق نكري ايت (برسدف هاتي)، مراس امان درفد كداتغن عذاب كامي كفد مريك دوقت مالم كتيك مريك سدغ تيدور. اتو فندودق نكري ايت (برسدف هاتي)، سرت مراس امان درفد كداتغن عذاب كامي دوقت ضحى (فاكي سهيغك تغه هاري) سماس مريك ليك سدغ برمأين. فاتوتكه مريك برسوك ريا سهيغض مريك مراس امان درفد بالسن بوروق (عذاب الله) . سبنرث تيدق اد يغ مراس امان درفد بالسن يغ داتور اوله الله ملأيكن اورغ-اورغ يغ روضي).

دمكينله امارن الله كفد مريك يغ تيدق فدولي كفد فتونجوق الله دان مميليه فتونجوق يغ لأين دالم كفرخيأن دان جارا هيدوف مريك. امارن اين ساغت مغضرونكن اورغ يغ برايمان يغ اد صفة تقوى دالم ديريث .

فواس رمضان سبولن مغاجر كيت منجادي اورغ-اورغ يغ برتقوى، هاث مريك يغ برتقوى سهاج يغ منجاديكن القران فتونجوق يغ ممباوا كسلامتن دان كجيأن ددنيا دان دآخيرة. سيكف دان فراغي كيت سلفس اين مننتوكن سام اد كيت برجاي منديديق ديري دبولن رمضان اتو فون تيدق . فرمان الله تعالى :

yذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ ﴿2﴾ البقرة: ٢

(كتاب (القران اين ) تيدق شك لاكي منجادي فتونجوق كفد اورغ- اورغ يغ برتقوى).

برمعنى فتونجوق يغ سمفرنا دالم سموا فركارا، برمولا درفد مغنل توهن سهيغك خارا هيدوف ديري ماسيغ-ماسيغ، بركلوارض، برمشاركت، بكرج، ممرينته نكارا دالم سموا اوروسنث. ترماسوق مثلسايكن فرتليغكاهن دكالغن مأنسي انتارا قوم دالم نضارا دان انتارا بغسا دسلوروه دنيا . الله جوض ممبري امارن بنخان دنيا دان سلفسث بنخان دهاري آخيرة :

ôوَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ ﴿124﴾ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا ﴿125﴾ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَىٰ ﴿126﴾ طه: ١٢٤ – ١٢٦

(دان سسياف يغ برفاليغ درفد فرايغاتنكو، مك باضيث كهيدوفن يغ خلاك دان كامي هيمفونكن دي دهاري قيامة دالم كادأن بوت . دي بركات :" واهي توهنكو ! مغاف اغكو جاديكن اكو دالم كادأن بوت ؟ ". الله برفرمان : سببث كران تله داتغ كفدامو اية-اية كو، لالو اغكو ملوفأيث ( تيدق برعمل )، اوليه ايت دهاري اين اغكو دلوفاكن ).

فرايغاتن يغ دمقصودكن اياله كتاب سوخي القران يغ دتورونكن دبولن رمضان. برفاليغ درفداث برمعنى تيدق مغمبيل فتونجوق درفد اجارنث دان تيدق برعمل دغن اراهن دان حكوم شريعتث. كهيدوفن يغ فينجغ اياله سضل فركارا بوروق يغ برلاكو دالم مشاركت هاري اين، سفرتي ميليويغ درفد عقيدة يغ سبنر، دان براخلاق بوروق سفرتي مناكيه داده، ممينوم ارق، برزنا، برجودي، ممبونه ديري دغن برلومبا موتوسيكل، مرومفق، منجوري، منيفو، رشوة دان سباضيث. ثاوا، توبه بدان، هرت دان مروة تيدق سلامت. ترسيبرث برباضاي – باضاي فثكيت، سوسه منخاري رزقي دان كنأيقكن هرك بارغ كفرلوان دان سباضايث . ادافون سيقسا دهاري آخيرة ستله دحساب سضل عمالن يغ دلاكوكن دالم دنيا، دتيمبغ دان دبيخاراكن دغن عادل لالو دهومبن كدالم نراك، والعياذبالله.

مسلمين دان مسلمات يغ درحمتي الله !.

ماريله كيت مغهيدوفكن هاري راي يغ دنامكن فطرة ( العيد الفطري ) اين دغن كمبالي كفد اصل كجادين مأنسي يغ دتتفكن اوله الله يغ منجاديكنث دان سلوروه عالم دغن فتونجوق يغ دباوا اوله رسول الله صلى الله عليه وسلم يغ دتضسكن اوله الله دغن فرمانث:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿30﴾ ۞ الروم: ٣٠

( مك تتفكن وجهمو (هالا توجو ) دغن بتول مغيكوت اضام يغ بنر مغيكوت فطرة (صفة سمولا جادي ) يغ دتتفكن اوله الله يغ تله منجيفتا مأنسي مغيكوت فطرهث، سبنرث تيدق اد فراوبهن دالم خيفتأن الله، ايتوله اضام يغ لوروس ).

سوده تيبا ماسث اورغ-اورغ يغ مغاكو اسلام، دان منجادي اومة محمد صلى الله عليه وسلم منيغضلكن سضل اجارن ساله دالم خارا هيدوف مريك، سفرتي يغ دنامكن ناشيوناليسما (كبغسأن)،كافيتاليسما، سوشياليسما دان لأين-لأين، كران سموا فهامن اين مثستكن هالا توجو يغ سبنرث، والو فون اورغ يغ برفضغ دغنث منديريكن سمبهيغ، برفواس رمضان، مغرجاكن حاج دان عمرة دان عمل عبادة يغ لأين. كران اد يغ برتندا عبادة سفرتي اين اكن دهالو جوض فد هاري قيامة كلق. سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم :

إِنِّي عَلَى الْحَوْضِ حَتَّى أَنْظُرَ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ مِنْكُمْ وَسَيُؤْخَذُ نَاسٌ دُونِي فَأَقُولُ يَا رَبِّ مِنِّي وَمِنْ أُمَّتِي فَيُقَالُ هَلْ شَعَرْتَ مَا عَمِلُوا بَعْدَكَ وَاللَّهِ مَا بَرِحُوا يَرْجِعُونَ عَلَى أَعْقَابِهِمْ (رواية البخاري).

(سسغكوهث اكو براد داتس كولم ( الكوثر فد هاري قيامة كلق ) اكو منوغكو سسياف دكالغن كامو يغ لالو دهادفنكو، اد ببراف اورغ يغ دهالغ درفد اكو (منريماث ) لالو اكو بركات:" واهي توهنكو، دي درفد اومة اكو جوض !". لالو دبريتاهو كفداكو :"اداكه اغكو سدر، اف يغ مريك بوات سلفسمو (منيغكل دنيا ؟)". دمي الله ! سبنرث مريك برفاليغ تاده (مثليويغ درفد اجارنكو ).

حديث اين منضسكن اداث دكالغن اومة محمد صلى الله عليه وسلم يغ ترفيسوغ درفد اجارن إسلام يغ سبنر سفرتي جوض برلاكو دكالاغن اومة نبي- نبي دزمان دهولو. اد يغ منيغضلكن اضام إسلام دان اد يغ برإيمان دغن سبهضين درفد كتاب الله دان كفر دغن سبهضين يغ لأين. الله منخريتاكن خونتوه كسساتن يغ برلاكو دكالغن قوم بني إسرائيل افبيل قوم بغساون دان فمبسر ملاكوكن كسالهن يغ بسرسفرتي جناية قصاص دان حدود، مغحلالكن ربا دالم معاملات، مغحلالكن ارق دان سباكيث، لالو مريك منجيفتا اتو مريكا-ريكا اوندغ-اوندغ سنديري، مك برلاكوله مغضنتيكن اوندغ-اوندغ مأنسي دغن منيغضلكن شريعة الله . فرمان الله تعالى:

..... أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖوَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿85﴾ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ ﴿86﴾ البقرة: ٨٥ - ٨٦

....( اداكه كامو كامو برايمان دغن سبهضين كتاب دان كامو كفر (إنكار) دغن سبهكين يغ لأين؟، مك تياد بالسن ترهادف سسياف يغ ملاكوكن دمكين ايت دكالغن كامو ملأينكن كهينأن كهيدوفن ددنيا دان دهاري آخيرة اكن دتولوق كدالم عذاب نراك يغ ساغت مييقساكن، دان الله تيدق لالاي درفد اف-اف يغ كامو عملكن. مريك ايت اياله اورغ-اورغ يغ ممبلي كهيدوفن ددنيا سهاج دضنتيكن دغن كهيدوفن دآخيرة. مك الله تيدق مريغنكن عذاب درفد مريك دان مريك جوض تيدق دبري فرتولوغن ).

اية اين اداله بركأيتن دغن اورغ-اورغ يهودي دمدينة يغ ترفغاروه دغن قوم أوس دان خزرج دماس جاهلية (سبلوم إسلام ). افبيل مريك برفرغ، ممبونه دان مناون سام سنديري دان مرمفس هرت، سرت منبوس تاوانن، سموا تيندقئن ايت دحرامكن اوله كتاب توراة يغ منجادي كتاب سوخي فضاغن مريك، تتافي مريك منيغضلكن حكوم يغ اد نصث دالم كتاب ايت كران ماهوكن هرت .

والو فون اية اين منخريتاكن قصة قوم بني إسرائيل، تتافي منجادي فغاجران دالم سبارغ تيندقئن منيغضلكن حكوم الله دان منجادي فغاجران كفد اومة إسلام دأخير زمان اين سفاي تيدق منيغضلكن حكوم شريعة يغ اد دالم القران دان عمالن رسول الله صلى الله عليه وسلم سرت اجتهاد فارا علماء يغ معتبر.

فارا جماعة يغ درحمتي الله !.

سدرله، بهوا كهينأن يغ منيمفا اومة إسلام هاري اين اياله كران منيغضلكن باثق حكوم شريعة الله دان برعمل دغن اوندغ-اوندغ خيفتأن مأنسي دالم فركارا يغ اد نص-نص يغ ثات دالم القران دان حديث-حديث يغ صحيح. اومة إسلام سفاتوتث منجادي خونتوه كفد اومة يغ بوكن إسلام سفاي منونجوقكن أخلاق يغ بأيك، سرتا برعمل دغن حكوم إسلام يغ عاديل كفد سلوروه مأنسي، تيبا- تيبا منجادي مأنسي يغ روسق أخلاق دسموا فريغكت، فميمفين دان رعيت. سماغت بغسا يغ برموسه دغن قوم لأين داتس سماغت كبغسأن يغ مغضنتيكن سماغت إسلام،كمدين منجادي كخيل كفد سماغت فواق دان دائرة، ستروسث سماغت كتوا ماسيغ- ماسيغ لالو برفجه سسام سنديري .

سكيراث برلاكو فركارا اين كران جاهيل اضام مك فلاجريله اضام دغن برسغكوه درفد فونجاث يغ سبنر دان دفرجيأي امانهث. سكيراث برلاكو دغن تاهو تتافي كران مغجر هرت دان فغكت مك برتوبة دان براستغفار. كهينأن يغ منيمفا اومة إسلام هاري اين سوده خوكوف ممبري كسداران دان كإنصافن كمبالي سمولا كفد إسلام سبلوم تيباث فغضيلن اجل مماسوقكي عالم برزخ دان عالم آخيرة .

جاديكنله رمضان يغ دتيغكلكن ممبري فغاجران دان منديديق سهيغك مغوبه سيكف دان أخلاق كيت دغن لاهيرث صفة تقوى . جاديكن هاري راي ماس برشكور دغن نعمة إسلام مموجي دان مموجا الله دان هيدوفكن سماغت دغن سروان الله :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ... آل عمران: ١١٠

(كامو اداله سبأيك-بأيك اومة يغ دكلواركن انتوق فائدة كفد مأنسي، كامو مثوروه كفد يغ بأيك . منضه يغ منكر دان كامو برإيمان كفد الله ).

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى القُرْآنِ العَظِيمِ, ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِاْلأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ, وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ. اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسلِمِيْنَ والمُسلِمَاتِ إنَّهُ هو الغَفُورُ الرَحِيمُ.

خطبة كدوا

الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ,

فَيَا عِبَادَ اللهِ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

مسلمين دان مسلمات سكلين!

ماريله فد هاري راي اين كيت مراسكن بتاف بسرث نعمة إيمان دان إسلام يغ دكورنياكن كفد كيت اوله الله تعالى . دان هاث كماتين ددالم إيمان دان اسلام سهاج يغ دريضأي اوله الله سبضيمان فرمانث:

{يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ, وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ}

مقصودث: واهي اورغ-اورغ يغ برإيمان, برتقواله كامو كفد الله دغن سبنر-سبنر تقوا, دان جاغنله كامو ماتي ملاينكن كامو ددالم كادأن براضام اسلام.

فد هاري اين جوك هندقله كيت ايغت بتاف بسرث نعمة فرسودارأن اسلام يغ دانجوركن ددالم اسلام. تندا إيمان سسؤرغ اياله دي كاسيه كفد سودارا ساضام دغنث سبضيمان دي كاسيه كفد ديريث سنديري.

سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحَبُّ لِنَفْسِهِ

"تيدق برإيمان سسؤرغ كامو سهيغض دي كاسيه كفد سوداراث سبضيمان كاسيهث كفد ديريث سنديري."

سهوبوغن ايت هندقله لاهير ددالم هاتي ستياف اورغ اسلام فراسأن سديه ترهداف بالا بنجان دان كسوساهن يغ منيمفا اومة اسلام دسرات دنيا, سماد مريك يغ دتيمفا ضمفا بومي، دلندا ففراغن، كمسكينن دان كبولورن دنضارا-نضارا افريقا, دان اومة اسلام يغ سدغ دجاجه, دظالمي دان دبونوه سرت دتيندس سفرتي يغ سدغ برلاكو دفلسطين, عراق, سلاتن تايلند دان سباضيث.

جك تيدف ممفو ممبنتو مريك دغن واغ ريغضيت دان تناض,سكورغ-كورغث ملالؤي دعاء دان مناجات كفد الله سفاي الله ممبري فرتولوغن كفد مريك دان ممبيبسكن مريك درفد فندريتأن دان كظاليمن مانسي يغ دهدافي مريك.

مسلمين دان مسلمات سكلين!

فد هاري يغ مليا دان فنوه بركة اين ماريله كيت ممبايقكن اوخافن صلوات دان سلام كاتس نبي محمد صلى الله عليه وسلم يغ تله ميمفيكن اسلام كفد كيت ستله ملالؤي برباضاي بنتوق جهاد دان فغوربانن. تندا كاسيه كيت كفد بضيندا دراكمكن ملالؤي اوخافن صلوات دان سلام سباضاي مماتوهي فرينته الله ددالم القرآن:

{إِنَّ اللهَ وَمَلآَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ, يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا}

" سسوغضوهث الله دان فارا ملائكتث سنتياس برصلوات كاتس نبى, مك واهي اورغ-اورغ برإيمان اوخفكن صلوات دان سلام كاتسث دغن سسوغضوهث."

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ, كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ, كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آَمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ, وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ, وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ, وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.

اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ, وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ, وَفِى كَشْمِيْر, وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ, وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ, وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ, وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ.

اَللَّهُمَّ آَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا, وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا, أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهاَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ, وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ. اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا, وَأَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا, وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ . رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اَللهُ أكبرُ, اللهُ أكبرُ, اللهُ أكبرُ, وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...